Oct 26, 2010

Bila sebut pasal kahwin

Bila sebut jek pasal kahwin semua orang mesti "kata nak kepada kahwin". Ada 2 golongan yang sering memberi alasan bila kita sebut pasal kahwin:

First: 
Golongan ANDARTU (anak dara tua) perempuan berumur lingkungan 30 tahun ke atas.

Second: 
Golongan ANTERTU (anak teruna tua) lelaki berumur lingkungan 35 tahun ke atas.


Ada bermacam sebab yang aku rasa boleh menyebabkan kita tergolong dalam 2 golongan ni. Ni apa yang ada dalam benak otak aku:

1. Duit takde
Haa..ni biasa terjadi pada budak-budak muda yang takde kerja lagi. Kalau ada kerja pun bukan senang nak kumpul duit sekarang ni. Al-maklum la barang semua dah naik harga sekarang ni. Mak bapak pun tak mampu nak tanggung. Duit hantaran jek dah berapa puluh ribu. Silap-silap hari bulan kena pinjam kat bank sebab nak kahwin. Sesetengah orang yang tak suka berhutang terus fikir malas nak kahwin. Tak pun bila dah dapat kumpul duit plak, perempuan atau lelaki tu dah kahwin lain. Daripada korang takde duit dan melepas, baik korang buat yang wajib jek dulu. Orang tua kata nikah gantung jek dulu.

2. Mati pucuk 
Bab ni berkenaan dengan lelaki yang mandul jek. Apa kena-mengena lelaki mandul dengan mati pucuk ni, cuba korang tengok pucuk-pucuk pokok yang mati, macam mana rupanya..dah tentulah layu jekkan, sebab tu la dipanggil mati pucuk. OK, sebelum otak korang bertambah kuning baik aku terus ke point yang berikutnya.

3. Takde lubang
Ni plak kategori bagi perempuan mandul. Kalau lelaki mati pucuk, kalau perempuan aku tak tahu plak dorang mandul macam mana, so aku bantai letak takde lubang. Jangan salahkan aku kalau silap sebab aku bukan perempuan dan aku belum kahwin.

4. Gay/lesbian
Ni dua jenis spesis yang aku rasa memang tak kan kahwin sampai ke mati. Kalau dorang nak kahwin pun dengan kaum sejenis. Kalau macam ni kira kahwin ker? Apa pun spesis jenis ni patut di pinggirkan. Nabi tak ngaku umat beb...

5. Seruan jodoh tak sampai lagi
Alasan ni biasa di berikan oleh 2 golongan ni. Tapi kalau jodoh kita tak cari macam mana kita nak dapat serunya. Hari ni aku ada terbaca dekat surat khabar kosmo, tajuknya "wanita taiwan kahwin diri sendiri", haa..yang ni kes jodoh tak seru la ni sampai nak kahwin dengan diri sendiri. Tak ke pelik namanya kahwin diri sendiri, macam mana la nak dapat nikmat malam pertama. Korang pikiq la sendiri...

6. Kerjaya
Alasan ni sering digunakan oleh perempuan. Dorang ni lebih mengejar kerjaya daripada mendirikan rumahtangga. Lelaki jarang guna alasan ni sebab lelaki macam aku ni bukan rajin sangat. Asal ada kerja, dapat hidup sudah ler...

7. Terpengaruh dengan tilikan/ramalan
Alasan ni jarang ada orang guna. Tapi mana la tahu ada yang test jodoh macam aplikasi facebook tu pastu percaya bulat-bulat. Contohnya korang test artist mana yang sesuai berpasangan dengan korang, pastu dapat plak jawapan Justin Bieber. Bila orang tanya asal ko tak kahwin-kahwin. Oleh sebab percaya sangat dengan aplikasi tadi korang pun dengan selamba jawab "aku tunggu justin bieber pinang aku". Memang sampai ke tua la korang tak kahwin.

8. Mulut makcik-makcik yang takde insurans
Yang ni plak memang selalu berlaku dalam masyarakat kita. Mana tak nya, kalau kita kahwin awal nanti makcik-makcik mula la duduk mengumpat kita "dorang ni kahwin awal ada apa-apa ker?", "Dorang ni kahwin pakai duit mak bapak dorang ker?" "Perempuan ni dah ada isi ker perut dia? Tu yang sibuk kahwin awal." Ni dialog-dialog biasa yang makcik-makcik akan guna. Aku tahu sangat dah. 

p/s: jodoh pertemuan di tangan tuhan, berusahalah mencarinya..

Oct 24, 2010

Koleksi teka-teki (part 2)

Sambungan dari teka-teki aritu..

Soalan: Masa kecik dia hitam, bila besar dia putih, apakah dia?
Jawapan: Michael Jackson la der..

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa yang ada bulu?
Jawapan: Ikan duyung sebab duyung ada bulu ketiak...

Soalan: Mi apa yang warna hitam?
Jawapan: Bukan Mi Hailam tapi misai..huahuahua

Soalan: Kenapa anak babi jalan menunduk?
Jawapan: Sebab dia malu mak bapak dia keturunan babi..

Soalan: Banyak-banyak jin, jin apa boleh menyanyi?
Jawapan: Jinbara ler..

Soalan: Seorang raja dengan seorang petani terjun ke sungai yang banyak buaya, kenapa raja tu tak mati di baham buaya?
Jawapan: Raja tu mangkat di makan buaya..

Soalan: Binatang apa yang paling seksi di dunia ini?
Japawan: Zebra la sebab siang-siang hari pun pakai bra...kwang3...

Soalan: Ada 10 ekor burung, 3 ekor kena tembak, 2 ekor kena perangkap, 4 ekor kena baham, berapa ekor burung yang dapat lari?
Jawapan: Tiada...sebab burung mana lari, burung terbang jek..

Soalan: Binatang apa yang paling bodoh dalam dunia?
Jawapan: Singa la sebab janggut sendiri pun tak boleh nak potong..

Soalan: Di tembak ke lantai tapi hidung yang kena, apakah dia?
Jawapan: Kentut..sebab kentut ikut bontot, baunya ke hidung...

Ada satu teka-teki maut aku baca orang tag kat fb td...

Soalan: Ada 3 orang kawan nak sewa hotel, harga sewa RM30, setiap seorang dari mereka membayar RM10 setiap seorang. Mereka bertiga bernasib baik sebab hotel tu buat promosi  dengan kadar sewa hanya RM25. So, duit balance ada RM5, brader kaunter tu nak pulangkan balik RM5 kepada mereka bertiga, oleh sebab pening nak bahagi RM5 tadi kepada 3 orang, brader tu pun pulangkan seorang RM1 dan dia ambil RM2 sebagai tips. Jadinya mengikut perkiraan dorang bayara RM9 setiap seorang. RM9 x 3 orang = RM27 + RM2 duit tips=RM29, mana pergi lagi RM1?

Bayaran permulaan:
RM10 x 3 orang = RM30

Discount RM 5:
RM30-RM5=RM25

Brader tu bagi seorang RM1 dan dia amik RM2:
RM1 x 3 orang +RM2= RM5

Setiap orang dikira bayar RM9:
RM9 x 3 orang = RM27 + RM2 (duit tips) = RM29

Mana hilangnya lagi RM1?




p/s: selamat menjawab...

Oct 23, 2010

Cara menilai kawan

Dalam hidup korang pasti ada kawan, tak kira la kawan tu kawan special, kawan baik, kawan makan kawan, kawan-kawan dan segala macam jenis kawan la. Pada aku kawan ni boleh di kategorikan kepada sahabat atau pun kawan biasa.

Bagaimana kita nak menilai kawan kita tu sama ada dia layak jadi sahabat kita atau sekadar kawan sahaja. Bergeraknya jari saya di atas keyboard pada hari ini adalah untuk mengkategorikan jenis-jenis kawan yang boleh dianggap sahabat.

First:
Seseorang sahabat adalah mereka yang akan mempertahankan diri korang jika korang di kutuk oleh kawan lain dari belakang. Dari belakang ni bukanlah bermaksud dorang duduk belakang korang, pastu sibuk ngumpat korang. Ia dimaksudkan dengan menabur fitnah atau mengumpat korang tanpa korang ketahui. Orang-orang tua kata kalau kita tersedak maknanya ada orang tengah kata kita dari belakang. Ibarat macam tu la..

Second:
Seorang sahabat sanggup mengeluarkan wang dorang untuk membelanja korang even dorang sendiri tengah sengkek takde duit. Sahabat tidak akan pernah bekira jika sahabat mereka sedang memerlukan.

Third:
Seorang sahabat akan sentiasa membantu korang bila korang susah dan sanggup berkorban untuk korang, dan mereka ni akan gembira jika korang berada dalam keadaan senang. 

Fourth:
Seorang sahabat tidak akan menunjukkan kebaikan yang dia lakukan pada korang, bak kata pepatah tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu.

Fifth:
Seorang sahabat akan sentiasa mencari kawan dia sebagai contoh dia akan menelefon korang atau sentiasa bertanya khabar mengenai korang.

Sixth:
Seorang sahabat akan sentiasa memberi semangat atau kata-kata positive kepada korang jika korang membuat sesuatu yang baik. Aku tengok orang sekarang ni dah terbalik, benda jahat yang kita lakukan pasti disokong, benda baik yang kita buat pasti di kutuk. Sebagai contoh kalau korang tengah study, mesti dialog ni selalu kawan korang cakap.  

"Wei, ko pulun study rajin-rajin nak buat apa, result lebih kurang aku jek nanti..." haaa..orang yang macam ni korang boleh reject jadi sahabat korang..

Seventh:
Seorang sahabat akan menjadi pendengar yang baik bila korang ada masalah. Mereka ni akan cuba membantu atau memberi nasihat sebaiknya kepada korang.

Eighth:
Seorang sahabat tidak akan memberi kesusahan kepada kawan mereka, dan jika mereka ada masalah mereka pasti cuba mengelak untuk meminta pertolongan dari korang.

Nineth:
Seorang sahabat akan peka terhadap kawan-kawan dia yang lain dimana mereka ni tahu apa yang korang tak suka dan mereka akan cuba mengelak untuk melakukan perkara-perkara yang korang tak suka.

Tenth:
Seorang sahabat akan cuba meletakkan diri mereka dekat tempat korang bagi memahami situasi yang korang alami.



p/s: sesetengah orang yang korang anggap musuh tu la boleh jadi sahabat korang yang sebenarnya, kadang-kadang kawan yang baik tu la musuh kita yang sebenar. Don't judge a book by its cover..

Oct 22, 2010

Apa itu plagiarism?

Suatu petang di tepi tong sampah:

"Wei tongoi, ko ade buat plagiarism tak dalam report ko" soal ketot kepada tongoi..

"Ape kejadah nya plagirism tu ketot? Awat macam aku pernah dengar jek binatang tu?" jawab tongoi..

"Ko ni plagiarism pun tak tahu, plagiarism tu macam ko copy benda-benda dalam internet tu pastu ko paste dalam report ko" jawab ketot yang bengan dengan tongoi yang lembab tahap cipan..

"Ko cakap aku lembab macam cipan, ko tu lagi la bengong tahap beruk tak tau panjat pokok, awat jek ko tak cakap plagiarism tu tiru, kan senang" tongoi memarahi ketot..

Sekian...

Membazir masa korang jek baca entri aku kali ni sebab aku takde idea nak tulis apa, tapi aku nak ajar satu perkataan; plagiarism ialah meniru...

p/s: watak ini tiada kena-mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meniggal dunia...

Oct 17, 2010

Anda layak berjaya

Kali ini aku nak share apa yang aku dapat dari ceramah yang aku pergi petang tadi. Ceramah ini bukan pasal MLM, tapi ceramah motivasi. Ceramah ini bertemakan 'Anda Layak Berjaya' yang disampaikan oleh Dr. Irfan Khairi di mana beliau merupakan seorang jutawan internet muda Malaysia. Korang boleh taip dekat google nama dia kalau nak tahu lebih lanjut macam mana dia boleh jadi jutawan dengan modal RM500 kalau tak silap aku. Aku bukan die hard fan dia pun, sebab tu aku tak tahu sangat. Dia ni bergelar jutawan ketika umur dia 25 tahun lagi. Kalau lah aku pun boleh jadi jutawan bila umur 25..perghhh...

Aku ringkaskan dekat bawah ni apa yang aku dengar tadi. Nak tulis sebutir-sebutir memang tak tercapai akal ku..

Ramai daripada kita yang bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri bagi mendapatkan kehidupan yang lebih mewah atau selesa. Masalah biasa yang akan di hadapi kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan adalah seperti berikut:

1. Produk.
Pemilihan produk untuk di jual adalah penting untuk memastikan pulangan perniagaan yang di jalankan memberi keuntungan yang lumayan. Produk yang kita nak jual tu perlulah ada permintaan dekat pasaran. Sesetengah orang tu pilih produk dulu, kemudian baru nak intai sama ada produk tu mendapat permintaan atau tidak. So, kalau nak buka sesuatu perniagaan tu tengok dulu barang apa yang mendapat permintaan ramai mengikut pasaran semasa.

2. Permintaan.
Mesti korang pening fikir macam mana nak tahu sama ada produk yang korang nak jual tu ada permintaan atau tak kan. Oleh sebab zaman sekarang ni zaman IT, kebanyakkan orang biasanya akan mencari informasi dari internet sebelum dorang membeli sesuatu barang. Sebenarnya korang boleh check berapa ramai orang yang telah mendapatkan informasi sesuatu barang tu dengan klik dekat sini. Aku bagi contoh perfume la, cuba korang tengok gambar kat bawah ni...


Kalau korang tengok result 'perfume' yang aku check dekat laman web ni, seramai 1 juta lebih rakyat kita menggunakan search engine google untuk mendapatkan informasi berkenaan perfume. Dari sini korang boleh tahu berapa banyak permintaan perfume di negara kita. Result dari laman web ni adalah perkiraan bulanan.


3. Modal
Sesetengah orang tidak mempunyai modal untuk membuat perniagaan. Kalau takde modal tak semestinya korang tak boleh berniaga. Sebenarnya, dengan menggunakan internet korang boleh berniaga tanpa mengeluarkan modal sesen pun. Korang boleh join program affiliate bagi sesetengah web page yang menawarkannya. Program affiliate ni free jek, korang cuma perlu letak iklan untuk setiap barang dekat web page atau blog korang. Contohnya korang ada blog, korang selalu story pasal beg tangan dalam blog korang. Kalau korang nak cari duit, korang cuba dapatkan web yang tawarkan program affiliate yang menjual beg tangan. Kalau korang iklankan beg tangan, lepas tu kawan korang beli beg tangan tu melalui iklan dari blog korang. Dorang akan bayar komisyen kepada korang mengikut peratusan yang ditetapkan. Contoh la beg tu harga dia $1000, komisyen yang korang dapat 10% dari jualan tadi. Oleh kerana iklan tadi, korang dah boleh dapat $100. Ok la tu, kalau tukar duit Malaysia dah berapa kan.

4. Branding/penjenamaan
Untuk menjenamakankan barang yang kita nak jual tu, kita kena tengok pesaing-pesaing kita yang menjual produk seperti kita. Kita jangan tengok kelemahan pesaing kita. Untuk mendapatkan penjenamaan produk yang berkesan, kita kena tengok apa kelebihan yang ada pada pesaing. Sebagai contoh jiran sebelah kita jual ais krim Malaysia yang 20 sen tu, kita pun nak jual ais krim gak. Untuk menjenamakan produk kita tu bukan lah kita perlu bersaing dengan menurunkan harga yang lebih murah. Cara untuk mendapatkan penjenamaan yang berkesan korang jual lah ais krim dengan pelbagai perasa atau menggunakan plastik ais krim yang pelbagai bentuk ker. Cara ni baru boleh menjenamakan ais krim yang korang nak jual tu dengan lebih berkesan.

5. Promotion di internet.
Untuk mempromosikan barang kita di internet, kita perlu memastikan web yang kita buat tu berada di page yang pertama bila orang menggunakan search engine. Orang biasa akan klik web page yang berada di muka depan sahaja. Kalau korang search something dekat google pun, aku yakin korang akan klik atau buka web page yang ada dekat page depan-depan jek kan. Macam tu jugak la customer yang nak beli sesuatu barang.
Web page yang berada di first page adalah web page yang mempunyai informasi yang banyak. Google akan mengiranya berdasarkan jumlah text yang ada dalam web page tu. Contoh nya kalau korang nak buat web page untuk jual perfume, untuk memastikan web page yang korang buat ni berada di page hadapan bila orang menggunakan google search engine, korang perlulah menulis sebanyak mungkin berkenaan perfume yang korang jual tu dalam web page korang.

Banyak lagi perkara-perkara yang dia share tadi, oleh sebab mata aku pun macam dah ngantuk jek, aku umumkan untuk berhenti setakat ini. Surat-menyurat tidak akan di layan. Sekian...

p/s:  selamat berniaga..

Oct 16, 2010

Ulasan Bajet 2011

Pembentangan bajet 2011 telah pun berakhir jumaat yang lalu. Sebanyak 212 billion ringgit diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukkan 2010. Daripada jumlah ini, 162.8 billion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus. Manakala, 49.2 billion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan Bajet kali ini menumpu kepada empat strategi utama:

Pertama: Mendaya kembali pelaburan swasta.
-Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta
-Pembangunan Strategik Berimpak Tinggi
-Mencergaskan Pasaran Modal
-Pasaran Modal Islam
-Mempergiatkan Industri Modal Teroka
-Skim Amanah Hartanah Bumiputera
-Dana Pencen Swasta
-Meningkatkan Kegiatan Industri Elektrik dan Elektronik
-Mencergaskan Industri Minyak, Gas dan Tenaga
-Memajukan Teknologi Hijau
-Menyuburkan Sektor Pertanian
-Merancakkan Industri Pelancongan
-Memangkin Industri Minyak Sawit dan Produk Berkaitan
-Meningkatkan Potensi Industri Teknologi Maklumat dan ICT
-Menggalakkan Sektor Perkhidmatan Perniagaan
-Pembangunan Koridor dan Wilayah
-Menggalakkan Aktiviti R&D&C
-Menambah Baik Perundangan Insolvensi
-Memajukan lagi Industri Kreatif
-Memperkukuh Kedudukan Kewangan Negara

Kedua: Membangunkan modal insan
-Mempergiat Usaha Menarik Bakat
-Memperluas Akses kepada Pendidikan Berkualiti
-Memperkasa Pendidikan Awal
-Memantapkan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah
-Memperkasa Pengajian Tinggi
-Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran
-Program Latihan 1Malaysia
-Meningkatkan Produktiviti Pekerja
-Memperluas Penglibatan Wanita dalam Ekonomi
-Pembangunan Sukan Negara

Ketiga: Mensejahterakan hidup rakyat
-Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik
-Meningkatkan Pemilikan Rumah
-Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Luar Bandar
-Meringankan Beban Hidup Rakyat
-Menghargai Sumbangan Pemimpin Masyarakat
-Pembangunan Orang Asli dan Pribumi
-Mengurangkan Kos Pengangkutan
-Memperluas Perkhidmatan Kesihatan Awam
-Membanteras Jenayah, Menjamin Keselamatan
-Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan
-Pemulihraan Alam Sekitar
-Tanggungjawab Sosial Korporat

Keempat: Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
-Mempermudah Berurusan Dengan Agensi Kerajaan
-Memperkemas Sistem Penilaian Prestasi
-Menghargai Sumbangan Penjawat Awam



**********

Daripada bajet yang dibentangkan ini, kesemuanya adalah bertujuan meningkatkan kadar KDNK dalam negara selain untuk memberi insentif atau membantu rakyat di negara ini. Setiap bajet yang diperuntukkan perlulah di selia dengan teliti bagi mengelakkan pengaliran wang yang boleh merugikan negara selain boleh disalah gunakan oleh pihak tertentu.

Kebanyakkan pihak pembangkang menyatakan bajet kali ini menunjukkan bahawa negara kita akan mengadakn pilihan raya dalam masa terdekat ini berdasarkan bajet yang dibentang kali ini kebanyakkannya untuk mengambil hati rakyat.

Pada aku, setiap bajet yang dibentangkan itu adalah berdasarkan perkiraan yang dibuat oleh cendiakawan dalam bidang ekonomi. Setiap bajet itu di kira berdasarkan peratusan untuk menjana keuntungan dalam negara bagi kesenangan rakyat Malaysia.

Akan tetapi, sesetengah bajet ini tidak digunakan dengan sepenuhnya ke arah yang telah ditetapkan. Pengaliran wang ini banyak habis di tengah jalan di atas sikap tamak sesetengah manusia.

Aku rasa kalau kesemua duit ini digunakan tanpa ada penyelewengan pasti KDNK negara lebih meningkat dan sebagai kesannya rakyat Malaysia boleh memperoleh insentif yang lebih banyak untuk tahun berikutnya.

Sebagai rakyat pula, kita tidak boleh sentiasa megharap subsidi  atau pun bonus dari pihak kerajaan pada setiap kali bajet dibentangkan. Ini kerana jika pengaliran wang ke arah ini terlalu banyak, ia akan melembabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan sebagai kesannya kita sebagai rakyat akan menerima balik kesusahannya.

Bagi projek-projek yang ingin dilaksanakan, janganlah kita hanya melibatkan atau memberi tender kepada kroni- kroni atau kenalan kita sahaja. Jika perkara ini berlaku, persaingan sihat antara kontraktor akan hilang  dan dari sini akan menyebabkan kesempurnaan sesuatu projek itu akan terabai. Sebagai kesannya projek yang bernilai jutaan ringgit akan menjadi ibarat projek ribuan ringgit sahaja dan inilah punca sesebuah bangunan boleh runtuh.

Bagi mengatasi penyelewengan pengaliran wang ini, why not setiap kementerian yang diberi peruntukkan dalam bajet ini membentang secara terperinci setiap ringgit yang digunakan kepada semua rakyat yang ingin mengetahui atau cara lainnya menggunakan medium internet untuk melaporkan pengaliran wang tersebut. Dari sini tidak akan timbul penipuan kerana setiap mereka yang mengetahui perkiraan sebenar pasti boleh membangkitkan laporan ini jika terdapat penyelewengan atau penipuan dari pihak tertentu. Laporan ini boleh disediakn sebelum bajet baru dibentangkan. Pengaliran wang akan lebih berkesan di samping rakyat tidak akan rasa tertindas jika perkara ini dapat dilaksanakan.

Banyak lagi nak tulis sebenarnya ni, tapi oleh sebab tangan da letih menaip, aku berhenti setakat ni jek la. Sekian..

p/s: yang sikit kita kongsi sama sikit, yang banyak kita bahagi sama banyak..

Oct 14, 2010

Petua tengok teruna

Entri sebelum ni aku dah ajar cara-cara untuk tengok sama ada seseorang perempuan itu masih dara atau tidak. Mungkin kaum-kaum hawa ni rasa tidak puas hati kenapa aku tak tulis cara-cara nak tengok keterunaan kaum adam ni. Untuk pengetahuan kaum hawa, lelaki ni takde selaput teruna seperti yang anda miliki. Tapi jangan khuatir puan-puan, walaupun aku bagi pihak kaum lelaki ni takde selaput teruna segala bagai, korang boleh tahu jugak dengan petua yang aku nak share ni. Dengan penuh semangat aku search dekat google cara-cara untuk mengetahui keterunaan lelaki, akhirnya apa yang aku dapat buat rumusan adalah seperti dekat bawah ni:



1. Perut buncit atau boroi. 
Kebanyakkan perempuan ingat lelaki yang memiliki perut buncit semuanya sudah hilang teruna. Untuk pengetahuan korang, lelaki yang perut boroi ni adalah disebabkan selera makan dorang yang tinggi. Tak pun dorang ni pernah makan rasuah ker..wallahualam..Kalau lelaki yang sudah hilang teruna mempunyai perut yang buncit, kenapa ayah aku tak buncit pun. Takkan ayah aku teruna lagi? Sudah tentu la tidak, kalau tak macam mana boleh dapat aku ni. So, petua ni sama sekali tidak boleh diguna pakai.

2. Bersin depan tepung. 
Petua ni aku ada baca dalam blog orang lain, dia kata kalau lelaki bersin depan tepung lepas tu tepung tu tidak bertabur (tak selerak), bermaksud lelaki tu masih teruna. Yang ni memang sah-sah la tak betul. Aku yang teruna ni pun kalau bersin depan tepung dah tentu-tentu bersepah lintang pukang punya tepung tu. Petua yang ni pun reject...

3. Barang dalam kereta.
Time korang naik kereta pakwe korang tu, korang usha-usha la barang dalam kereta dorang. Kalau ada barang mainan kanak-kanak atau botol susu tu dah sah-sah la anak dorang punya. Takde punya lelaki yang ada teruna ni nak bawa budak-budak kecik naik kereta dorang. Lain la yang ada adik kecik atau anak saudara  macam aku ni. Lelaki yang dah ada anak memang sah la dah hilang teruna. Tips ni aku dengar dekat radio hotfm...

4. Pandangan terhadap perempuan.
Kebanyakkan lelaki yang ada teruna ni, dorang suka tengok perempuan pada raut wajah jek. Bagi yang dah hilang teruna, dorang ni suka tengok susuk tubuh perempuan dan dorang ni kalau jeling perempuan tu lebih lama dari lelaki yang masih kekal teruna macam pak haji jugak (tiru dialog 3 abdul). Kalau lelaki yang takde teruna ni bercakap dengan perempuan, perbualan dorang mesti berbaur lucah. Haa..yang ni bukan macam pak haji. So, kepada kaum adam di luar sana sila jaga pandangan anda.

5. Bersifat sensitif. 
 Lelaki teruna begitu sensitif jika kekasihnya mengabaikan dia. Dorang ni akan sering menelefon kekasih dorang untuk mendapatkan perhatian.

6. Skema dalam bercinta.
Lelaki teruna biasanya membosankan bila berdating sebab dorang ni tak tahu ayat-ayat manis time nak berdialog. Ayat-ayat cinta la nak dipendekkan cerita. Jantung dorang ni akan berdegup kencang bila berdepan dengan kekasih dorang. Dalam hal ni takkan la kaum hawa ni nak kena dengar degupan jantung kita orang plak kan. Untuk memudahkan cara, kaum adam yang teruna ni akan nampak kelam-kabut bila berdepan dengan kekasih dorang.

p/s: Dalam al-Quran dah ada sebut, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya. So, nak dipendekkan cerita, kalau kaum hawa ni masih dara, insyaAllah dia akan bertemu dengan lelaki yang masih teruna...

Oct 10, 2010

Petua tengok dara

Korang yang lelaki ni mesti selalu tertanya-tanya macam mana nak pastikan seorang perempuan tu masih ada daranya atau tidak. Takkan la korang nak check direct to the tutttt. Oh..tidak, mahu korang kena lempang siur dari pihak perempuan ni. Hari ini aku nak bagi petua yang aku baca macam mana nak pastikan awek, kawan perempuan, adik, kakak atau mak korang sama ada dorang ni ada dara lagi atau tidak. Semua ni korang boleh check melalui fizikal dorang jek.



Bibir
Kalau perempuan yang masih ada dara, bibir mereka berwarna kemerah-merahan dan bibirnya bergaris-garis serta dapat dilihat dengan jelas. Jika terdapat rekahan, ianya nampak cantik.

Dahi
Dahi yang licin menunjukkan perempuan tu masih ada dara. Bagi perempuan yang tak berdara, dahi mereka mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walaupun masih muda. Kedutan ni dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa.

Tumit
Bagi perempuan yang masih dara, jika dipicit tumit mereka darah merah  pasti akan kembali ke posisi asal dengan cepat. Jika bukan dara, kawasan yang dipicit tu akan pucat dan darah kembali dengan lambat.

Pipi
Pada raut pipi perempuan yang masih dara, kelihatan merah apabila di sentuh oleh lelaki yang bukan muhrim. Kadang-kadang raut wajah dorang kelihatan merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki.. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipi perempuan yang masih dara. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut perempuan yang tidak dara pula tidak berdaya dan seolah-olah tidak bermaya serta tidak lembut lagi.

Hidung
Hidung seorang gadis dara akan kelihatan menarik dan cantik, kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerena darah banyak tertumpu pada hidungnya.
Mata
Terdapat tanda lebam atau bergaris di bawah kelopak mata seorang yang tidak berdara. Lebam ini tidak seketara lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit garis seakan-akan hitam meliputi bawah kelopak mata yang terlipat itu. 

Punggung
Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang dara memiliki punggung yang pejal dan tidak bergoyang.

p/s: nak tahu sahih ker tak, tanya la orang tua-tua dulu...dermalah darah jangan dara..

Oct 9, 2010

Sebab manusia gila kuasa

Tadi aku ada berbual dengan kawan serumah aku ni. Menurut beliau dalam masa 18 bulan ni seramai 1juta penduduk Malaysia berhijrah untuk bekerja ke luar negara. Kalau dahulu kita tengok ramai rakyat luar yang datang ke Malaysia, tapi sekarang sebaliknya berlaku. Banyak rakyat kita berhijrah ke Qatar, UK, US dan banyak lagi. Kenapa perkara ini semakin menjadi-jadi?? Dalam entri kali ni aku nak tulis apa yang aku fikir berkenaan tentang apa yang menyebabkan rakyat kita berhijrah.

Kalau korang baca forum-forum rakyat Malaysia yang bekerja ke luar negara, dorang banyak menyatakan yang mereka pindah ke luar negara untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan. Aku rasa dari sini kita dapat lihat betapa rendahnya gaji di Malaysia berbanding dengan kelulusan yang kita perolehi. Kalau nak di bandingkan matawang Malaysia takde la kecil sangat, tetapi di mana silapnya?

Jika korang belajar dalam bidang engineering pasti korang rasa gaji RM 3000 pun masih tak cukup lagi kalau bekerja di Malaysia ni. Mana tak nya, gaji itu semua nanti nak bayar hutang kereta la, hutang PTPTN la, hutang rumah dan segala bagai hutang la. Itu belum masuk cukai yang kena bayar lagi. Pernah kah korang terfikir adakah berbaloi belajar bersusah payah selama 4 tahun dan hanya menerima kadar bayaran gaji yang korang dapat sekarang ni.

Sebut pasal cukai, pernah tak korang semua ni terfikir kemana duit cukai yang korang bayar ni pergi. Duit cukai yang kita bayar ni digunakan untuk pembangunan negara. Tapi adakah 100% dari hasil cukai tu digunakan dengan betul untuk pembanganun.

Ok, cuba korang tengok dekat paper kalau kita nak buat sesebuah bangunan berapa bajet yang dorang cakap. Kalau korang kira betul-betul jumlahnya tak sampai pun dengan jumlah yang dorang declare sebenarnya.

Kenapa dorang umumkan bajet yang lebih?? Mana tak nya masing-masing nak duit poket (rasuah) sendiri untuk luluskan projek tu. Adakah rakyat dapat faedahnya? Ya, dapat tu memang dapat, tapi dapat la bangunan yang retak-retak yang boleh runtuh 10 tahun lagi. Haa..inilah yang rakyat kita dapat dari hasil cukai tadi. Siapa yang lebih untung dalam perkara ni? Sudah tentu bukan aku, siapa lagi kalau tak orang-orang politik ni.

Dari sini la korang boleh fikir sebab apa ahli politik ni semua gila pangkat. Manusia sekarang ni mana ada yang nak buat kerja free of charge. Masuk jamban pun kena bayar sekarang.

Setiap tahun kadar pertumbuhan negara meningkat. Jika betul meningkat kenapa duit tu tak digunakan untuk membantu rakyat. Inilah silapnya kalau duit tu kita nak makan seorang. Aku rasa Malaysia ni sebenarnya mampu memberi elaun kepada rakyatnya. Jangan la kita lebih mengutamakan orang asing dari rakyat sendiri. Rakyat sendiri kena berhijrah ke negara lain untuk mencari pendapatan yang lebih. Orang asing bersenang-lenang mengutip hasil dalam negara kita.

Jika hak kita sebagai rakyat dijaga pasti tidak timbul isu untuk protes apa yang dilakukan pihak berkenaan. Kalau ditegur cuba la jadikan pedoman. Ini tidak, jika kita menegur benda yang betul pasti kita akan disisihkan dari mendapat sebarang faedah atau segala bagai la.



p/s: jangan hanya mendengar khabar dari sebelah pihak sahaja, bacalah dari semua sumber. Anda cari, anda baca, anda fikir dan anda nilailah yang mana baik atau buruk. Kalau takde angin takkan pokok boleh bergoyang..

Oct 8, 2010

Minda kelas pertama

Mesti korang tak tahu apa itu minda kelas pertama. Minda kelas pertama merangkumi penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.

Sekarang ni kalau korang tengok berita dekat tv atau baca berita dekat paper banyak betul pasal isu yang berkait dengan politik. Aku pun dah naik menyampah dengan isu-isu parti ni salahkan parti yang lain. Tak boleh ker kita semua berdamai, duduk satu meja, bincang masalah-masalah yang rakyat hadapi. Aku rasa kalau dorang ni semua bertindak macam ni barulah rakyat Malaysia ni boleh memiliki minda kelas pertama.

Aku tak nak salahkan mana-mana parti politik dekat Malaysia ni, aku cuma tak puas hati dengan sikap-sikap manusia yang gila kuasa, pangkat dan harta. Jangan la kita mencampurkan isu politik dengan isu agama. Dorang ni tak takut ker kalau Allah tu panah petir ker dekat dorang...ish3...

Aku rasa yang duduk bertikam lidah semua ni kebanyakkannya menguasai ilmu yang tinggi. Dorang ni cuma miskin dengan moraliti dan budaya saling menyumbang untuk kepentingan bersama. Dorang ni aku rasa layak dikategorikan dalam minda kelas kedua jek.

Malaysia ni aku rasa kalau semua pemimpin betul-betul memerintah untuk menjaga keharmonia rakyat, nescaya takde rakyat yang hidup mengemis ditepi jalan. Aku taknak dedahkan aktiviti-aktiviti pemimpin kita ni dalam entri ni. Aku rasa korang yang baca blog ni mesti ade internet. Korang cari la sendiri apa yang pemimpin kita dah buat. Aku nak nasihatkan kalau korang baca tu fikir dulu dan cari la sumber-sumber yang sahih supaya takde la korang nanti kena tangkap masuk tettt...

p/s: kenapa susah sgt aku nak mintak biasiswa??


Oct 7, 2010

Mengenal penyakit dari fizikal

Ramai yang tak sedar diri mereka bakal atau telah menghidapi penyakit-penyakit yang boleh meragut nyawa atau menyebabkan penderitaan dalam diri. Dalam entri kali ini bukanlah aku nak menjual ubat kepada korang, hanya nak share tanda-tanda penyakit yang boleh kita ketahui dari fizikal kita sendiri.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit yang di rumuskan oleh Dr Hilmi bedasarkan fizikal diri kita...

---------- MATA ----------



Mata jadi merah:
-Badan kita dalam proses pembuangan toksin yang banyak terkandung dalam hati.
Tahi mata:
-Badan mengadungi asid berlebihan dan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Ketegangan mata:
-Tekanan perasaan atau mempunyai bebanan yang berat.

---------- MULUT & LIDAH ----------



Lidah atau gusi bengkak:
-Jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah.
Ulser mulut:
-Darah mengandungi asid berlebihan
Mulut busuk:
-Proses penyeimbangan fungsi perut untuk buang toksin.
Bibir pucat:
-Sistem penghadaman yang lemah atau perut mengandungi angin.
Bibir kering dan pecah:
-Perut mengandungi banyak toksin.
Loya/muntah:
-Tanda penyakit lelah.


---------- TELINGA ----------



Telinga rasa tersumbat:
-Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung:
-Proses merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya kaki terasa sakit ketika bangun pagi.

---------- KULIT ----------

Peluh masin:
-Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau:
-Proses penyingkiran toksin.
Ruam & bisol:
-Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tak larut dalam air.
Kulit gatal dengan ruam:
-Berlaku akibat terlalu banyak makan ubat yang mengadungi bahan kimia.

----------- KEPALA ----------


Rambut gugur:
-Fungsi buah pinggang yang lemah.
Pening/sakit bahagian depan kepala:
-Menandakan tekanan jiwa akibat banyak berfikir.
Pening/sakit bahagian belakang kepala:
-Menunjukkan penyakit darah tinggi.
Sakit kepala & rasa gas keluar dari telingan:
-Tanda penyakit migrain.
Pening yang memusing:
-Kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


---------- SENDI, TANGAN & KAKI ----------

Sendi sakit & panas: 
-Tanda-tanda penyakit gout
Sakit bahagian bahu:
-Saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisma tidak seimbang.
Kebas tangan kiri & lengan:
-Tanda-tanda sakit jantung dan jika kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Sakit tapak kaki:
-Menandakan buah pinggang lemah kerana kurang bersenam atau duduk terlalu lama.
Sakit tumit kaki:
-Lemah alat kelamin.

---------- KENCING ----------



Kencing berkapur:
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang
Kencing berminyak:
-Buah pinggang mengadungi kotoran berlemak.
Kencing pekat berwarna coklat:
-Proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Kencing berdarah:
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

----------- BERAK ----------



Cirit-birit:
-Membersihkan kotoran atau keracunan dari usus besar.
Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.
Tahi berdarah merah:
-Masalah penyakit buasir atau barah bahagian usus.
Tahi berdarah hitam:
-Penyakit ulser perut.

----------- BADAN ----------

Sakit menyucuk:
-Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal:
-Luka dalam badan.
Sakit menegang:
-Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan rasa berat/malas/lenguh:
-Badan mengandungi asid yang berlebihan.
Badan terasa panas:
-Badan banyak toksin dan memerlukan air yang banyak.

---------- EMOSI ----------



Rasa takut mengejut:
-Lemah fungsi buah pinggang atau tenaga batin lemah.
Cepat marah:
-Fungsi hati lemah atau tekanan darah tinggi.
Rasa takut & bimbang:
-Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab:
-Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
Suka berfikir/ berkhayal:
-Sistem penghadaman yang lemah.


p/s: sila berjumpa dgn Dr yg bertauliah utk keterangan lanjut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...