Oct 17, 2010

Anda layak berjaya

Kali ini aku nak share apa yang aku dapat dari ceramah yang aku pergi petang tadi. Ceramah ini bukan pasal MLM, tapi ceramah motivasi. Ceramah ini bertemakan 'Anda Layak Berjaya' yang disampaikan oleh Dr. Irfan Khairi di mana beliau merupakan seorang jutawan internet muda Malaysia. Korang boleh taip dekat google nama dia kalau nak tahu lebih lanjut macam mana dia boleh jadi jutawan dengan modal RM500 kalau tak silap aku. Aku bukan die hard fan dia pun, sebab tu aku tak tahu sangat. Dia ni bergelar jutawan ketika umur dia 25 tahun lagi. Kalau lah aku pun boleh jadi jutawan bila umur 25..perghhh...

Aku ringkaskan dekat bawah ni apa yang aku dengar tadi. Nak tulis sebutir-sebutir memang tak tercapai akal ku..

Ramai daripada kita yang bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri bagi mendapatkan kehidupan yang lebih mewah atau selesa. Masalah biasa yang akan di hadapi kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan adalah seperti berikut:

1. Produk.
Pemilihan produk untuk di jual adalah penting untuk memastikan pulangan perniagaan yang di jalankan memberi keuntungan yang lumayan. Produk yang kita nak jual tu perlulah ada permintaan dekat pasaran. Sesetengah orang tu pilih produk dulu, kemudian baru nak intai sama ada produk tu mendapat permintaan atau tidak. So, kalau nak buka sesuatu perniagaan tu tengok dulu barang apa yang mendapat permintaan ramai mengikut pasaran semasa.

2. Permintaan.
Mesti korang pening fikir macam mana nak tahu sama ada produk yang korang nak jual tu ada permintaan atau tak kan. Oleh sebab zaman sekarang ni zaman IT, kebanyakkan orang biasanya akan mencari informasi dari internet sebelum dorang membeli sesuatu barang. Sebenarnya korang boleh check berapa ramai orang yang telah mendapatkan informasi sesuatu barang tu dengan klik dekat sini. Aku bagi contoh perfume la, cuba korang tengok gambar kat bawah ni...


Kalau korang tengok result 'perfume' yang aku check dekat laman web ni, seramai 1 juta lebih rakyat kita menggunakan search engine google untuk mendapatkan informasi berkenaan perfume. Dari sini korang boleh tahu berapa banyak permintaan perfume di negara kita. Result dari laman web ni adalah perkiraan bulanan.


3. Modal
Sesetengah orang tidak mempunyai modal untuk membuat perniagaan. Kalau takde modal tak semestinya korang tak boleh berniaga. Sebenarnya, dengan menggunakan internet korang boleh berniaga tanpa mengeluarkan modal sesen pun. Korang boleh join program affiliate bagi sesetengah web page yang menawarkannya. Program affiliate ni free jek, korang cuma perlu letak iklan untuk setiap barang dekat web page atau blog korang. Contohnya korang ada blog, korang selalu story pasal beg tangan dalam blog korang. Kalau korang nak cari duit, korang cuba dapatkan web yang tawarkan program affiliate yang menjual beg tangan. Kalau korang iklankan beg tangan, lepas tu kawan korang beli beg tangan tu melalui iklan dari blog korang. Dorang akan bayar komisyen kepada korang mengikut peratusan yang ditetapkan. Contoh la beg tu harga dia $1000, komisyen yang korang dapat 10% dari jualan tadi. Oleh kerana iklan tadi, korang dah boleh dapat $100. Ok la tu, kalau tukar duit Malaysia dah berapa kan.

4. Branding/penjenamaan
Untuk menjenamakankan barang yang kita nak jual tu, kita kena tengok pesaing-pesaing kita yang menjual produk seperti kita. Kita jangan tengok kelemahan pesaing kita. Untuk mendapatkan penjenamaan produk yang berkesan, kita kena tengok apa kelebihan yang ada pada pesaing. Sebagai contoh jiran sebelah kita jual ais krim Malaysia yang 20 sen tu, kita pun nak jual ais krim gak. Untuk menjenamakan produk kita tu bukan lah kita perlu bersaing dengan menurunkan harga yang lebih murah. Cara untuk mendapatkan penjenamaan yang berkesan korang jual lah ais krim dengan pelbagai perasa atau menggunakan plastik ais krim yang pelbagai bentuk ker. Cara ni baru boleh menjenamakan ais krim yang korang nak jual tu dengan lebih berkesan.

5. Promotion di internet.
Untuk mempromosikan barang kita di internet, kita perlu memastikan web yang kita buat tu berada di page yang pertama bila orang menggunakan search engine. Orang biasa akan klik web page yang berada di muka depan sahaja. Kalau korang search something dekat google pun, aku yakin korang akan klik atau buka web page yang ada dekat page depan-depan jek kan. Macam tu jugak la customer yang nak beli sesuatu barang.
Web page yang berada di first page adalah web page yang mempunyai informasi yang banyak. Google akan mengiranya berdasarkan jumlah text yang ada dalam web page tu. Contoh nya kalau korang nak buat web page untuk jual perfume, untuk memastikan web page yang korang buat ni berada di page hadapan bila orang menggunakan google search engine, korang perlulah menulis sebanyak mungkin berkenaan perfume yang korang jual tu dalam web page korang.

Banyak lagi perkara-perkara yang dia share tadi, oleh sebab mata aku pun macam dah ngantuk jek, aku umumkan untuk berhenti setakat ini. Surat-menyurat tidak akan di layan. Sekian...

p/s:  selamat berniaga..

1 comment:

  1. mie, ko pembakar semangat aku nak berniaga lah..
    cume ntah bile nak start je

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...