Oct 23, 2010

Cara menilai kawan

Dalam hidup korang pasti ada kawan, tak kira la kawan tu kawan special, kawan baik, kawan makan kawan, kawan-kawan dan segala macam jenis kawan la. Pada aku kawan ni boleh di kategorikan kepada sahabat atau pun kawan biasa.

Bagaimana kita nak menilai kawan kita tu sama ada dia layak jadi sahabat kita atau sekadar kawan sahaja. Bergeraknya jari saya di atas keyboard pada hari ini adalah untuk mengkategorikan jenis-jenis kawan yang boleh dianggap sahabat.

First:
Seseorang sahabat adalah mereka yang akan mempertahankan diri korang jika korang di kutuk oleh kawan lain dari belakang. Dari belakang ni bukanlah bermaksud dorang duduk belakang korang, pastu sibuk ngumpat korang. Ia dimaksudkan dengan menabur fitnah atau mengumpat korang tanpa korang ketahui. Orang-orang tua kata kalau kita tersedak maknanya ada orang tengah kata kita dari belakang. Ibarat macam tu la..

Second:
Seorang sahabat sanggup mengeluarkan wang dorang untuk membelanja korang even dorang sendiri tengah sengkek takde duit. Sahabat tidak akan pernah bekira jika sahabat mereka sedang memerlukan.

Third:
Seorang sahabat akan sentiasa membantu korang bila korang susah dan sanggup berkorban untuk korang, dan mereka ni akan gembira jika korang berada dalam keadaan senang. 

Fourth:
Seorang sahabat tidak akan menunjukkan kebaikan yang dia lakukan pada korang, bak kata pepatah tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu.

Fifth:
Seorang sahabat akan sentiasa mencari kawan dia sebagai contoh dia akan menelefon korang atau sentiasa bertanya khabar mengenai korang.

Sixth:
Seorang sahabat akan sentiasa memberi semangat atau kata-kata positive kepada korang jika korang membuat sesuatu yang baik. Aku tengok orang sekarang ni dah terbalik, benda jahat yang kita lakukan pasti disokong, benda baik yang kita buat pasti di kutuk. Sebagai contoh kalau korang tengah study, mesti dialog ni selalu kawan korang cakap.  

"Wei, ko pulun study rajin-rajin nak buat apa, result lebih kurang aku jek nanti..." haaa..orang yang macam ni korang boleh reject jadi sahabat korang..

Seventh:
Seorang sahabat akan menjadi pendengar yang baik bila korang ada masalah. Mereka ni akan cuba membantu atau memberi nasihat sebaiknya kepada korang.

Eighth:
Seorang sahabat tidak akan memberi kesusahan kepada kawan mereka, dan jika mereka ada masalah mereka pasti cuba mengelak untuk meminta pertolongan dari korang.

Nineth:
Seorang sahabat akan peka terhadap kawan-kawan dia yang lain dimana mereka ni tahu apa yang korang tak suka dan mereka akan cuba mengelak untuk melakukan perkara-perkara yang korang tak suka.

Tenth:
Seorang sahabat akan cuba meletakkan diri mereka dekat tempat korang bagi memahami situasi yang korang alami.



p/s: sesetengah orang yang korang anggap musuh tu la boleh jadi sahabat korang yang sebenarnya, kadang-kadang kawan yang baik tu la musuh kita yang sebenar. Don't judge a book by its cover..

5 comments:

  1. yang tang p/s tu betul. penah terkena
    nyesal aku anggap dia bestfriend
    sampai la ni haram apa pon tak de.
    ntah dia idup ke mati

    ReplyDelete
  2. mara btui bunyi nye ija..wei ko xde cntct2 bdk2 kempas lg ker?

    ReplyDelete
  3. Kan? Aku setuju bena dgn Ija Gegirl. Aku penah kene. Musuh dah jd bestfriend, bestfriend pula dh jd musuh -.-' HADOIYAII Mmg rasa nak balas dendam je pon ade. Tp nak buat ape kita tak kuasa pon nk hukum org yg pnh jd bestfriend kita tu. Bia je lah. HAHA lgpun kawan banyak just cari sahabat have to be so carefull :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...