Oct 9, 2010

Sebab manusia gila kuasa

Tadi aku ada berbual dengan kawan serumah aku ni. Menurut beliau dalam masa 18 bulan ni seramai 1juta penduduk Malaysia berhijrah untuk bekerja ke luar negara. Kalau dahulu kita tengok ramai rakyat luar yang datang ke Malaysia, tapi sekarang sebaliknya berlaku. Banyak rakyat kita berhijrah ke Qatar, UK, US dan banyak lagi. Kenapa perkara ini semakin menjadi-jadi?? Dalam entri kali ni aku nak tulis apa yang aku fikir berkenaan tentang apa yang menyebabkan rakyat kita berhijrah.

Kalau korang baca forum-forum rakyat Malaysia yang bekerja ke luar negara, dorang banyak menyatakan yang mereka pindah ke luar negara untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan. Aku rasa dari sini kita dapat lihat betapa rendahnya gaji di Malaysia berbanding dengan kelulusan yang kita perolehi. Kalau nak di bandingkan matawang Malaysia takde la kecil sangat, tetapi di mana silapnya?

Jika korang belajar dalam bidang engineering pasti korang rasa gaji RM 3000 pun masih tak cukup lagi kalau bekerja di Malaysia ni. Mana tak nya, gaji itu semua nanti nak bayar hutang kereta la, hutang PTPTN la, hutang rumah dan segala bagai hutang la. Itu belum masuk cukai yang kena bayar lagi. Pernah kah korang terfikir adakah berbaloi belajar bersusah payah selama 4 tahun dan hanya menerima kadar bayaran gaji yang korang dapat sekarang ni.

Sebut pasal cukai, pernah tak korang semua ni terfikir kemana duit cukai yang korang bayar ni pergi. Duit cukai yang kita bayar ni digunakan untuk pembangunan negara. Tapi adakah 100% dari hasil cukai tu digunakan dengan betul untuk pembanganun.

Ok, cuba korang tengok dekat paper kalau kita nak buat sesebuah bangunan berapa bajet yang dorang cakap. Kalau korang kira betul-betul jumlahnya tak sampai pun dengan jumlah yang dorang declare sebenarnya.

Kenapa dorang umumkan bajet yang lebih?? Mana tak nya masing-masing nak duit poket (rasuah) sendiri untuk luluskan projek tu. Adakah rakyat dapat faedahnya? Ya, dapat tu memang dapat, tapi dapat la bangunan yang retak-retak yang boleh runtuh 10 tahun lagi. Haa..inilah yang rakyat kita dapat dari hasil cukai tadi. Siapa yang lebih untung dalam perkara ni? Sudah tentu bukan aku, siapa lagi kalau tak orang-orang politik ni.

Dari sini la korang boleh fikir sebab apa ahli politik ni semua gila pangkat. Manusia sekarang ni mana ada yang nak buat kerja free of charge. Masuk jamban pun kena bayar sekarang.

Setiap tahun kadar pertumbuhan negara meningkat. Jika betul meningkat kenapa duit tu tak digunakan untuk membantu rakyat. Inilah silapnya kalau duit tu kita nak makan seorang. Aku rasa Malaysia ni sebenarnya mampu memberi elaun kepada rakyatnya. Jangan la kita lebih mengutamakan orang asing dari rakyat sendiri. Rakyat sendiri kena berhijrah ke negara lain untuk mencari pendapatan yang lebih. Orang asing bersenang-lenang mengutip hasil dalam negara kita.

Jika hak kita sebagai rakyat dijaga pasti tidak timbul isu untuk protes apa yang dilakukan pihak berkenaan. Kalau ditegur cuba la jadikan pedoman. Ini tidak, jika kita menegur benda yang betul pasti kita akan disisihkan dari mendapat sebarang faedah atau segala bagai la.



p/s: jangan hanya mendengar khabar dari sebelah pihak sahaja, bacalah dari semua sumber. Anda cari, anda baca, anda fikir dan anda nilailah yang mana baik atau buruk. Kalau takde angin takkan pokok boleh bergoyang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...