Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Oct 16, 2010

Ulasan Bajet 2011

Pembentangan bajet 2011 telah pun berakhir jumaat yang lalu. Sebanyak 212 billion ringgit diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukkan 2010. Daripada jumlah ini, 162.8 billion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus. Manakala, 49.2 billion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan Bajet kali ini menumpu kepada empat strategi utama:

Pertama: Mendaya kembali pelaburan swasta.
-Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta
-Pembangunan Strategik Berimpak Tinggi
-Mencergaskan Pasaran Modal
-Pasaran Modal Islam
-Mempergiatkan Industri Modal Teroka
-Skim Amanah Hartanah Bumiputera
-Dana Pencen Swasta
-Meningkatkan Kegiatan Industri Elektrik dan Elektronik
-Mencergaskan Industri Minyak, Gas dan Tenaga
-Memajukan Teknologi Hijau
-Menyuburkan Sektor Pertanian
-Merancakkan Industri Pelancongan
-Memangkin Industri Minyak Sawit dan Produk Berkaitan
-Meningkatkan Potensi Industri Teknologi Maklumat dan ICT
-Menggalakkan Sektor Perkhidmatan Perniagaan
-Pembangunan Koridor dan Wilayah
-Menggalakkan Aktiviti R&D&C
-Menambah Baik Perundangan Insolvensi
-Memajukan lagi Industri Kreatif
-Memperkukuh Kedudukan Kewangan Negara

Kedua: Membangunkan modal insan
-Mempergiat Usaha Menarik Bakat
-Memperluas Akses kepada Pendidikan Berkualiti
-Memperkasa Pendidikan Awal
-Memantapkan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah
-Memperkasa Pengajian Tinggi
-Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran
-Program Latihan 1Malaysia
-Meningkatkan Produktiviti Pekerja
-Memperluas Penglibatan Wanita dalam Ekonomi
-Pembangunan Sukan Negara

Ketiga: Mensejahterakan hidup rakyat
-Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik
-Meningkatkan Pemilikan Rumah
-Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Luar Bandar
-Meringankan Beban Hidup Rakyat
-Menghargai Sumbangan Pemimpin Masyarakat
-Pembangunan Orang Asli dan Pribumi
-Mengurangkan Kos Pengangkutan
-Memperluas Perkhidmatan Kesihatan Awam
-Membanteras Jenayah, Menjamin Keselamatan
-Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan
-Pemulihraan Alam Sekitar
-Tanggungjawab Sosial Korporat

Keempat: Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
-Mempermudah Berurusan Dengan Agensi Kerajaan
-Memperkemas Sistem Penilaian Prestasi
-Menghargai Sumbangan Penjawat Awam



**********

Daripada bajet yang dibentangkan ini, kesemuanya adalah bertujuan meningkatkan kadar KDNK dalam negara selain untuk memberi insentif atau membantu rakyat di negara ini. Setiap bajet yang diperuntukkan perlulah di selia dengan teliti bagi mengelakkan pengaliran wang yang boleh merugikan negara selain boleh disalah gunakan oleh pihak tertentu.

Kebanyakkan pihak pembangkang menyatakan bajet kali ini menunjukkan bahawa negara kita akan mengadakn pilihan raya dalam masa terdekat ini berdasarkan bajet yang dibentang kali ini kebanyakkannya untuk mengambil hati rakyat.

Pada aku, setiap bajet yang dibentangkan itu adalah berdasarkan perkiraan yang dibuat oleh cendiakawan dalam bidang ekonomi. Setiap bajet itu di kira berdasarkan peratusan untuk menjana keuntungan dalam negara bagi kesenangan rakyat Malaysia.

Akan tetapi, sesetengah bajet ini tidak digunakan dengan sepenuhnya ke arah yang telah ditetapkan. Pengaliran wang ini banyak habis di tengah jalan di atas sikap tamak sesetengah manusia.

Aku rasa kalau kesemua duit ini digunakan tanpa ada penyelewengan pasti KDNK negara lebih meningkat dan sebagai kesannya rakyat Malaysia boleh memperoleh insentif yang lebih banyak untuk tahun berikutnya.

Sebagai rakyat pula, kita tidak boleh sentiasa megharap subsidi  atau pun bonus dari pihak kerajaan pada setiap kali bajet dibentangkan. Ini kerana jika pengaliran wang ke arah ini terlalu banyak, ia akan melembabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan sebagai kesannya kita sebagai rakyat akan menerima balik kesusahannya.

Bagi projek-projek yang ingin dilaksanakan, janganlah kita hanya melibatkan atau memberi tender kepada kroni- kroni atau kenalan kita sahaja. Jika perkara ini berlaku, persaingan sihat antara kontraktor akan hilang  dan dari sini akan menyebabkan kesempurnaan sesuatu projek itu akan terabai. Sebagai kesannya projek yang bernilai jutaan ringgit akan menjadi ibarat projek ribuan ringgit sahaja dan inilah punca sesebuah bangunan boleh runtuh.

Bagi mengatasi penyelewengan pengaliran wang ini, why not setiap kementerian yang diberi peruntukkan dalam bajet ini membentang secara terperinci setiap ringgit yang digunakan kepada semua rakyat yang ingin mengetahui atau cara lainnya menggunakan medium internet untuk melaporkan pengaliran wang tersebut. Dari sini tidak akan timbul penipuan kerana setiap mereka yang mengetahui perkiraan sebenar pasti boleh membangkitkan laporan ini jika terdapat penyelewengan atau penipuan dari pihak tertentu. Laporan ini boleh disediakn sebelum bajet baru dibentangkan. Pengaliran wang akan lebih berkesan di samping rakyat tidak akan rasa tertindas jika perkara ini dapat dilaksanakan.

Banyak lagi nak tulis sebenarnya ni, tapi oleh sebab tangan da letih menaip, aku berhenti setakat ni jek la. Sekian..

p/s: yang sikit kita kongsi sama sikit, yang banyak kita bahagi sama banyak..

Oct 9, 2010

Sebab manusia gila kuasa

Tadi aku ada berbual dengan kawan serumah aku ni. Menurut beliau dalam masa 18 bulan ni seramai 1juta penduduk Malaysia berhijrah untuk bekerja ke luar negara. Kalau dahulu kita tengok ramai rakyat luar yang datang ke Malaysia, tapi sekarang sebaliknya berlaku. Banyak rakyat kita berhijrah ke Qatar, UK, US dan banyak lagi. Kenapa perkara ini semakin menjadi-jadi?? Dalam entri kali ni aku nak tulis apa yang aku fikir berkenaan tentang apa yang menyebabkan rakyat kita berhijrah.

Kalau korang baca forum-forum rakyat Malaysia yang bekerja ke luar negara, dorang banyak menyatakan yang mereka pindah ke luar negara untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan. Aku rasa dari sini kita dapat lihat betapa rendahnya gaji di Malaysia berbanding dengan kelulusan yang kita perolehi. Kalau nak di bandingkan matawang Malaysia takde la kecil sangat, tetapi di mana silapnya?

Jika korang belajar dalam bidang engineering pasti korang rasa gaji RM 3000 pun masih tak cukup lagi kalau bekerja di Malaysia ni. Mana tak nya, gaji itu semua nanti nak bayar hutang kereta la, hutang PTPTN la, hutang rumah dan segala bagai hutang la. Itu belum masuk cukai yang kena bayar lagi. Pernah kah korang terfikir adakah berbaloi belajar bersusah payah selama 4 tahun dan hanya menerima kadar bayaran gaji yang korang dapat sekarang ni.

Sebut pasal cukai, pernah tak korang semua ni terfikir kemana duit cukai yang korang bayar ni pergi. Duit cukai yang kita bayar ni digunakan untuk pembangunan negara. Tapi adakah 100% dari hasil cukai tu digunakan dengan betul untuk pembanganun.

Ok, cuba korang tengok dekat paper kalau kita nak buat sesebuah bangunan berapa bajet yang dorang cakap. Kalau korang kira betul-betul jumlahnya tak sampai pun dengan jumlah yang dorang declare sebenarnya.

Kenapa dorang umumkan bajet yang lebih?? Mana tak nya masing-masing nak duit poket (rasuah) sendiri untuk luluskan projek tu. Adakah rakyat dapat faedahnya? Ya, dapat tu memang dapat, tapi dapat la bangunan yang retak-retak yang boleh runtuh 10 tahun lagi. Haa..inilah yang rakyat kita dapat dari hasil cukai tadi. Siapa yang lebih untung dalam perkara ni? Sudah tentu bukan aku, siapa lagi kalau tak orang-orang politik ni.

Dari sini la korang boleh fikir sebab apa ahli politik ni semua gila pangkat. Manusia sekarang ni mana ada yang nak buat kerja free of charge. Masuk jamban pun kena bayar sekarang.

Setiap tahun kadar pertumbuhan negara meningkat. Jika betul meningkat kenapa duit tu tak digunakan untuk membantu rakyat. Inilah silapnya kalau duit tu kita nak makan seorang. Aku rasa Malaysia ni sebenarnya mampu memberi elaun kepada rakyatnya. Jangan la kita lebih mengutamakan orang asing dari rakyat sendiri. Rakyat sendiri kena berhijrah ke negara lain untuk mencari pendapatan yang lebih. Orang asing bersenang-lenang mengutip hasil dalam negara kita.

Jika hak kita sebagai rakyat dijaga pasti tidak timbul isu untuk protes apa yang dilakukan pihak berkenaan. Kalau ditegur cuba la jadikan pedoman. Ini tidak, jika kita menegur benda yang betul pasti kita akan disisihkan dari mendapat sebarang faedah atau segala bagai la.



p/s: jangan hanya mendengar khabar dari sebelah pihak sahaja, bacalah dari semua sumber. Anda cari, anda baca, anda fikir dan anda nilailah yang mana baik atau buruk. Kalau takde angin takkan pokok boleh bergoyang..

Oct 8, 2010

Minda kelas pertama

Mesti korang tak tahu apa itu minda kelas pertama. Minda kelas pertama merangkumi penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.

Sekarang ni kalau korang tengok berita dekat tv atau baca berita dekat paper banyak betul pasal isu yang berkait dengan politik. Aku pun dah naik menyampah dengan isu-isu parti ni salahkan parti yang lain. Tak boleh ker kita semua berdamai, duduk satu meja, bincang masalah-masalah yang rakyat hadapi. Aku rasa kalau dorang ni semua bertindak macam ni barulah rakyat Malaysia ni boleh memiliki minda kelas pertama.

Aku tak nak salahkan mana-mana parti politik dekat Malaysia ni, aku cuma tak puas hati dengan sikap-sikap manusia yang gila kuasa, pangkat dan harta. Jangan la kita mencampurkan isu politik dengan isu agama. Dorang ni tak takut ker kalau Allah tu panah petir ker dekat dorang...ish3...

Aku rasa yang duduk bertikam lidah semua ni kebanyakkannya menguasai ilmu yang tinggi. Dorang ni cuma miskin dengan moraliti dan budaya saling menyumbang untuk kepentingan bersama. Dorang ni aku rasa layak dikategorikan dalam minda kelas kedua jek.

Malaysia ni aku rasa kalau semua pemimpin betul-betul memerintah untuk menjaga keharmonia rakyat, nescaya takde rakyat yang hidup mengemis ditepi jalan. Aku taknak dedahkan aktiviti-aktiviti pemimpin kita ni dalam entri ni. Aku rasa korang yang baca blog ni mesti ade internet. Korang cari la sendiri apa yang pemimpin kita dah buat. Aku nak nasihatkan kalau korang baca tu fikir dulu dan cari la sumber-sumber yang sahih supaya takde la korang nanti kena tangkap masuk tettt...

p/s: kenapa susah sgt aku nak mintak biasiswa??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...