Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Nov 25, 2010

Beza internet free dan berbayar

Dekat Malaysia sekarang ni internet satu keperluan untuk setiap individu. Orang sekarang gunakan internet bukan untuk cari maklumat jek. Sekarang ni orang menjana pendapatan pakai internet. Kalau korang pandai menggunakan internet, dengan cara percuma korang boleh jana pendapatan beribu-ribu. Macam mana caranya..haaa..yang tu korang cari sendiri.

Sekarang ni suri rumah pun guna internet nak cari resipi masakan. Cuba korang bayangkan kalau satu hari takde internet, mahu tak makan anak-beranak. Makan luar jek la jawabnya. Mana taknya si isteri ni tadi tak tahu nak masak apa atas sebab tak dapat nak cari resipi sebab internet takde.

Ok..yang tadi tu pasal masak ok lg, cuba korang bayangkan satu hari nanti orang yang deco rumah pun guna internet untuk cari idea. Kalau sebulan takde internet, mahu terbengkalai rumah yang dorang nak deco. Kalau tak siap ok lagi, kalau salah deco lagi la masak macam gambar dekat bawah ni.


Tak ker pelik jamban boleh sekali dengan tempat nak makan. Tapi ok gak, kalau cirit lepas makan boleh terus jalan..ngeh2..

Ni da jauh keluar topik dah ni. Kalau buat esei time SPM boleh fail. Bagi tajuk lain cerita benda lain. Aku nak story betapa penting internet sekarang ni.

Ok..sekarang ni oleh sebab aku duduk dekat hostel, so pakai la internet free yang dah di sediakan. Internet free ni banyak sangat benda yang nak di block nya. Yang aku menyirap, petang tadi aku tengah bosan-bosan nak singgah la blog orang lain nak baca. Ada certain blog pun dia nak block. Bukannya blog lucah pun yang aku nak buka tu. 

Dah la slow, kadang-kadang suka hati dia jek nak disconnect. Tapi takpe la kan, nama pun benda free, kena la bersyukur. Tapi kadang terfikir gak nak pakai berukband. Tapi line dekat sini tak clear sangat. Dah la berukband tu dah memang sedia slow. Pastu pakai plak kat kawasan ni. Memang lagi serupa tak payah pakai jek la.

Rasa nak pasang streamyx jek, tapi kat sini dorang tak benarkan plak. Biar la bayar mahal sikit, yang penting puas hati. Nak download benda ngarut-ngarut pun boleh..tetttttt..

Nak marah-marah pun internet kat sini tetap macam ni. Hari pun sudah malam. Jadi setakat ni saja lah yang saya nak complaint. Sekian.

p/s: KELAJUAN INTERNET DI MALAYSIA PERLU DI UPGRADE!

Nov 16, 2010

Kualiti bola sepak Malaysia

Semalam baru berakhir perlawanan antara Malaysia menentang Iran untuk sukan asia. Malaysia kalah 3-1 beb dengan Iran. 1 mata tu pun dapat penalti.

Semalam time nak tamat game, sempat plak pengulas dekat tv 1 tu sound, 'pemain-pemain Malaysia boleh kemas barang-barang untuk menyambut Raja Haji di Malaysia'. Aku ingat kalau pemain-pemain Malaysia dengar conform menanah telinga. Mendalam maksud kata-kata tu.

Tapi memang patut pun kena  kutuk. Berlatih bukan main dekat luar negara. Hantar sana sini untuk lawan dengan negara lain. Last-last habuk pun takdak. Aku rasa kalau kita dah betul terer, berlatih dalam negara pun dah cukup. Tengok macam negara-negara dekat Afrika, walaupun miskin siap boleh masuk piala dunia lagi.

Bagi aku dari duit tu digunakan untuk melatih budak-budak harimau muda dekat luar negara, lebih baik duit tu guna untuk naik taraf kemnudahan bola sepak dekat Malaysia ni. Orang lain pun boleh dapat manfaat dengan menyewa kemudahan yang dinaik taraf tadi.

Tapi aku tengok takde la tak bagus sangat budak-budak harimau muda ni main. Cuma aku rasa semangat dengan stamina dorang jek yang kurang. Kalau aku jadi jurulatih senang jek nak buat. Setiap hari training kena lari selama 2 jam dulu. Larian tak boleh terlalu perlahan macam pergi jogging dengan awek dekat taman. Rehat setengah jam, pastu semua kena berenang sampai tengah hari. petang pukul 2 start training bola. Kira ikut office hour la. Kalau siapa yang tak larat,  buang terus. Ramai jek yang nak main bola dalam Malaysia ni.

Kalau nak kuatkan semangat plak, setiap bulan buat perkhemahan. Pastu buat macam tentera punya training. Nak lagi style buat malam burung hantu. Lepas jek balik kem aku ingat setakat lawan dengan orang-orang afrika celah gigi jek, mana taknya, semangat masing-masing dah kuat, tengok hantu pun tak takut, ni kan pulak lawan orang afrika yang gedang besar. Silap-silap hari bulan boleh juara dunia Malaysia.

Mungkin kalau ada pemain Malaysia baca entri aku ni, mesti dorang cakap 'ko cakap senang la, cuba ko main'. Masalah bukan aku taknak main, tapi tak diberi peluang. Sepatutnya dorang kena tahu yang dorang ni bawa nama negara. Korang dah terpilih untuk mewakili rakyat Malaysia yang lain. Cuba la main sampai ke titisan peluh yang terakhir. Kalau lawan tu kalah menang memang adat permainan. Tapi jangan mengaku kalah sebelum lawan.



p/s: apa-apa pun tahniah kepada skuad harimau muda yang dah berusaha keras LAST MINUTE semalam untuk mencari jaringan gol..

Nov 14, 2010

Khas untuk penulis blog

Hari ni aku nak tulis entri kat blog aku, pikir punya pikir idea tak muncul-muncul. Aku pun merajinkan lah diri cari sumber dengan baca blog orang lain. Banyak gak blog aku baca. Dari blog personal life, kepada blog lawak, turun plak kepada blog isu-isu semasa dan pergi plak ker blog-blog bisnes. Sempat gak aku baca komen yang di post dalam setiap entri.

Dalam aku baca komen-komen yang ditinggalkan, ada gak yang aku baca komen orang kutuk-kutuk penulisan penulis blog tu. Yang aku naik hairan, kalau korang dah tak suka entri yang penulis blog tu, tak payahlah nak kondem orang tu abis-abisan. Nak lagi senang tak payah nak gatai-gatai nak baca penulisan dalam blog tu kalau tak suka.

Orang jenis ni memamg orang yang suka dengki dengan hidup orang lain. Agaknya dia tak mampu nak tulis or buat blog kot. Tu yang duk canang kutuk kaw-kaw blog orang tu.

Macam blog aku setakat ni takde kot orang komen-komen yang negatif. Tak tahu la kalau dari belakang sebab aku rasa lepas aku tulis blog ni aku asyik tersedak jek. Orang tua kata kalau kita tersedak mean ada orang sebut nama kita.

Tapi pada aku, aku ada tangan, aku ada idea, aku ada komputer, aku ada internet, suka hati jari aku la nak taip apa pun yang aku suka. Aku just nak share benda-benda yang aku rasa aku nak share.

Kepada penulis-penulis blog yang diluar sana, keep it up your work, jangan hiraukan langau-langau yang selalu member negatif feedback pada usaha kita. Marilah sama-sama kita memfofularkan penulisan blog masing-masing. Haa..da macam ahli politik bila aku dah berkata semangat.

Kalau korang terima negatif-negatif feedback dari pembaca, korang tanya balik dorang tu ada tulis blog ker. Nak bagi dia panas hati lagi, korang tahu ker macam mana nak tulis blog. Asal jangan perang saudara dalam blog sudeee..





p/s: pergi ke kedai beli cool blog, selamat berblog..

Nov 7, 2010

Bola itu bulat

Bila sebut pasal bola semua orang mesti tahu apa itu bola. Macam mana bentuk bola. Siapa yang terer main bola. Ada pelbagai jenis sukan yang melibatkan bola. Hari ni aku nak story pasal bola sepak. 



Semalam time hantar sahabat aku yang mahu pulang ke Johor semula selepas dua hari lepak dekat penang, kita orang lepak dekat kedai makan dulu. Time dekat kedai makan tu sempat gak kita orang layan EPL. Bila tengok EPL aku teringat plak piala Malaysia yang baru habis miggu lepas. Tahniah kepada Kelantan sebab menjadi juara.

Aku nak comment sikit pasal penyokong-penyokong fanatik tak kira la penyokong untuk kelab Malaysia atau luar negara. Aku rasa pelik sebab apa penyokong yang taksub ni nak merusuh kalau team dorang kalah. Bola tu kan bulat, kalah menang adat permainan la. Tak tahu la kalau ada bola petak.

Kalau kita tak boleh nak terima kekalahan atau kutukan baik jangan tengok bola, macam aku ni. Aku minat main bola tapi tengok bola kurang sikit sebab bukan aku dapat faedah apa-apa pun. Kalau korang tengok bola kurang-kurang hampir 2 jam kurang guna masa korang. Kalau tengok bola boleh jadi kaya nak jugak aku tengok. 

Ni tak termasuk yang kaki-kaki judi kat luar tu. Bola pun boleh di jadikan taruhan. Ni yang bahaya sehingga boleh mendatangkan rusuhan kalau satu-satu team tu kalah. 

Nasihat aku kalau sesape yang tak boleh terima kekalahan, baik korang jangan tengok bola. Kalau korang merusuh sekali pun bukan team korang boleh menang pun. 

p/s: jangan emosi dengan bola..

Oct 26, 2010

Bila sebut pasal kahwin

Bila sebut jek pasal kahwin semua orang mesti "kata nak kepada kahwin". Ada 2 golongan yang sering memberi alasan bila kita sebut pasal kahwin:

First: 
Golongan ANDARTU (anak dara tua) perempuan berumur lingkungan 30 tahun ke atas.

Second: 
Golongan ANTERTU (anak teruna tua) lelaki berumur lingkungan 35 tahun ke atas.


Ada bermacam sebab yang aku rasa boleh menyebabkan kita tergolong dalam 2 golongan ni. Ni apa yang ada dalam benak otak aku:

1. Duit takde
Haa..ni biasa terjadi pada budak-budak muda yang takde kerja lagi. Kalau ada kerja pun bukan senang nak kumpul duit sekarang ni. Al-maklum la barang semua dah naik harga sekarang ni. Mak bapak pun tak mampu nak tanggung. Duit hantaran jek dah berapa puluh ribu. Silap-silap hari bulan kena pinjam kat bank sebab nak kahwin. Sesetengah orang yang tak suka berhutang terus fikir malas nak kahwin. Tak pun bila dah dapat kumpul duit plak, perempuan atau lelaki tu dah kahwin lain. Daripada korang takde duit dan melepas, baik korang buat yang wajib jek dulu. Orang tua kata nikah gantung jek dulu.

2. Mati pucuk 
Bab ni berkenaan dengan lelaki yang mandul jek. Apa kena-mengena lelaki mandul dengan mati pucuk ni, cuba korang tengok pucuk-pucuk pokok yang mati, macam mana rupanya..dah tentulah layu jekkan, sebab tu la dipanggil mati pucuk. OK, sebelum otak korang bertambah kuning baik aku terus ke point yang berikutnya.

3. Takde lubang
Ni plak kategori bagi perempuan mandul. Kalau lelaki mati pucuk, kalau perempuan aku tak tahu plak dorang mandul macam mana, so aku bantai letak takde lubang. Jangan salahkan aku kalau silap sebab aku bukan perempuan dan aku belum kahwin.

4. Gay/lesbian
Ni dua jenis spesis yang aku rasa memang tak kan kahwin sampai ke mati. Kalau dorang nak kahwin pun dengan kaum sejenis. Kalau macam ni kira kahwin ker? Apa pun spesis jenis ni patut di pinggirkan. Nabi tak ngaku umat beb...

5. Seruan jodoh tak sampai lagi
Alasan ni biasa di berikan oleh 2 golongan ni. Tapi kalau jodoh kita tak cari macam mana kita nak dapat serunya. Hari ni aku ada terbaca dekat surat khabar kosmo, tajuknya "wanita taiwan kahwin diri sendiri", haa..yang ni kes jodoh tak seru la ni sampai nak kahwin dengan diri sendiri. Tak ke pelik namanya kahwin diri sendiri, macam mana la nak dapat nikmat malam pertama. Korang pikiq la sendiri...

6. Kerjaya
Alasan ni sering digunakan oleh perempuan. Dorang ni lebih mengejar kerjaya daripada mendirikan rumahtangga. Lelaki jarang guna alasan ni sebab lelaki macam aku ni bukan rajin sangat. Asal ada kerja, dapat hidup sudah ler...

7. Terpengaruh dengan tilikan/ramalan
Alasan ni jarang ada orang guna. Tapi mana la tahu ada yang test jodoh macam aplikasi facebook tu pastu percaya bulat-bulat. Contohnya korang test artist mana yang sesuai berpasangan dengan korang, pastu dapat plak jawapan Justin Bieber. Bila orang tanya asal ko tak kahwin-kahwin. Oleh sebab percaya sangat dengan aplikasi tadi korang pun dengan selamba jawab "aku tunggu justin bieber pinang aku". Memang sampai ke tua la korang tak kahwin.

8. Mulut makcik-makcik yang takde insurans
Yang ni plak memang selalu berlaku dalam masyarakat kita. Mana tak nya, kalau kita kahwin awal nanti makcik-makcik mula la duduk mengumpat kita "dorang ni kahwin awal ada apa-apa ker?", "Dorang ni kahwin pakai duit mak bapak dorang ker?" "Perempuan ni dah ada isi ker perut dia? Tu yang sibuk kahwin awal." Ni dialog-dialog biasa yang makcik-makcik akan guna. Aku tahu sangat dah. 

p/s: jodoh pertemuan di tangan tuhan, berusahalah mencarinya..

Oct 16, 2010

Ulasan Bajet 2011

Pembentangan bajet 2011 telah pun berakhir jumaat yang lalu. Sebanyak 212 billion ringgit diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukkan 2010. Daripada jumlah ini, 162.8 billion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus. Manakala, 49.2 billion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan Bajet kali ini menumpu kepada empat strategi utama:

Pertama: Mendaya kembali pelaburan swasta.
-Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta
-Pembangunan Strategik Berimpak Tinggi
-Mencergaskan Pasaran Modal
-Pasaran Modal Islam
-Mempergiatkan Industri Modal Teroka
-Skim Amanah Hartanah Bumiputera
-Dana Pencen Swasta
-Meningkatkan Kegiatan Industri Elektrik dan Elektronik
-Mencergaskan Industri Minyak, Gas dan Tenaga
-Memajukan Teknologi Hijau
-Menyuburkan Sektor Pertanian
-Merancakkan Industri Pelancongan
-Memangkin Industri Minyak Sawit dan Produk Berkaitan
-Meningkatkan Potensi Industri Teknologi Maklumat dan ICT
-Menggalakkan Sektor Perkhidmatan Perniagaan
-Pembangunan Koridor dan Wilayah
-Menggalakkan Aktiviti R&D&C
-Menambah Baik Perundangan Insolvensi
-Memajukan lagi Industri Kreatif
-Memperkukuh Kedudukan Kewangan Negara

Kedua: Membangunkan modal insan
-Mempergiat Usaha Menarik Bakat
-Memperluas Akses kepada Pendidikan Berkualiti
-Memperkasa Pendidikan Awal
-Memantapkan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah
-Memperkasa Pengajian Tinggi
-Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran
-Program Latihan 1Malaysia
-Meningkatkan Produktiviti Pekerja
-Memperluas Penglibatan Wanita dalam Ekonomi
-Pembangunan Sukan Negara

Ketiga: Mensejahterakan hidup rakyat
-Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik
-Meningkatkan Pemilikan Rumah
-Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Luar Bandar
-Meringankan Beban Hidup Rakyat
-Menghargai Sumbangan Pemimpin Masyarakat
-Pembangunan Orang Asli dan Pribumi
-Mengurangkan Kos Pengangkutan
-Memperluas Perkhidmatan Kesihatan Awam
-Membanteras Jenayah, Menjamin Keselamatan
-Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan
-Pemulihraan Alam Sekitar
-Tanggungjawab Sosial Korporat

Keempat: Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
-Mempermudah Berurusan Dengan Agensi Kerajaan
-Memperkemas Sistem Penilaian Prestasi
-Menghargai Sumbangan Penjawat Awam



**********

Daripada bajet yang dibentangkan ini, kesemuanya adalah bertujuan meningkatkan kadar KDNK dalam negara selain untuk memberi insentif atau membantu rakyat di negara ini. Setiap bajet yang diperuntukkan perlulah di selia dengan teliti bagi mengelakkan pengaliran wang yang boleh merugikan negara selain boleh disalah gunakan oleh pihak tertentu.

Kebanyakkan pihak pembangkang menyatakan bajet kali ini menunjukkan bahawa negara kita akan mengadakn pilihan raya dalam masa terdekat ini berdasarkan bajet yang dibentang kali ini kebanyakkannya untuk mengambil hati rakyat.

Pada aku, setiap bajet yang dibentangkan itu adalah berdasarkan perkiraan yang dibuat oleh cendiakawan dalam bidang ekonomi. Setiap bajet itu di kira berdasarkan peratusan untuk menjana keuntungan dalam negara bagi kesenangan rakyat Malaysia.

Akan tetapi, sesetengah bajet ini tidak digunakan dengan sepenuhnya ke arah yang telah ditetapkan. Pengaliran wang ini banyak habis di tengah jalan di atas sikap tamak sesetengah manusia.

Aku rasa kalau kesemua duit ini digunakan tanpa ada penyelewengan pasti KDNK negara lebih meningkat dan sebagai kesannya rakyat Malaysia boleh memperoleh insentif yang lebih banyak untuk tahun berikutnya.

Sebagai rakyat pula, kita tidak boleh sentiasa megharap subsidi  atau pun bonus dari pihak kerajaan pada setiap kali bajet dibentangkan. Ini kerana jika pengaliran wang ke arah ini terlalu banyak, ia akan melembabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan sebagai kesannya kita sebagai rakyat akan menerima balik kesusahannya.

Bagi projek-projek yang ingin dilaksanakan, janganlah kita hanya melibatkan atau memberi tender kepada kroni- kroni atau kenalan kita sahaja. Jika perkara ini berlaku, persaingan sihat antara kontraktor akan hilang  dan dari sini akan menyebabkan kesempurnaan sesuatu projek itu akan terabai. Sebagai kesannya projek yang bernilai jutaan ringgit akan menjadi ibarat projek ribuan ringgit sahaja dan inilah punca sesebuah bangunan boleh runtuh.

Bagi mengatasi penyelewengan pengaliran wang ini, why not setiap kementerian yang diberi peruntukkan dalam bajet ini membentang secara terperinci setiap ringgit yang digunakan kepada semua rakyat yang ingin mengetahui atau cara lainnya menggunakan medium internet untuk melaporkan pengaliran wang tersebut. Dari sini tidak akan timbul penipuan kerana setiap mereka yang mengetahui perkiraan sebenar pasti boleh membangkitkan laporan ini jika terdapat penyelewengan atau penipuan dari pihak tertentu. Laporan ini boleh disediakn sebelum bajet baru dibentangkan. Pengaliran wang akan lebih berkesan di samping rakyat tidak akan rasa tertindas jika perkara ini dapat dilaksanakan.

Banyak lagi nak tulis sebenarnya ni, tapi oleh sebab tangan da letih menaip, aku berhenti setakat ni jek la. Sekian..

p/s: yang sikit kita kongsi sama sikit, yang banyak kita bahagi sama banyak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...