Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Nov 16, 2010

Kualiti bola sepak Malaysia

Semalam baru berakhir perlawanan antara Malaysia menentang Iran untuk sukan asia. Malaysia kalah 3-1 beb dengan Iran. 1 mata tu pun dapat penalti.

Semalam time nak tamat game, sempat plak pengulas dekat tv 1 tu sound, 'pemain-pemain Malaysia boleh kemas barang-barang untuk menyambut Raja Haji di Malaysia'. Aku ingat kalau pemain-pemain Malaysia dengar conform menanah telinga. Mendalam maksud kata-kata tu.

Tapi memang patut pun kena  kutuk. Berlatih bukan main dekat luar negara. Hantar sana sini untuk lawan dengan negara lain. Last-last habuk pun takdak. Aku rasa kalau kita dah betul terer, berlatih dalam negara pun dah cukup. Tengok macam negara-negara dekat Afrika, walaupun miskin siap boleh masuk piala dunia lagi.

Bagi aku dari duit tu digunakan untuk melatih budak-budak harimau muda dekat luar negara, lebih baik duit tu guna untuk naik taraf kemnudahan bola sepak dekat Malaysia ni. Orang lain pun boleh dapat manfaat dengan menyewa kemudahan yang dinaik taraf tadi.

Tapi aku tengok takde la tak bagus sangat budak-budak harimau muda ni main. Cuma aku rasa semangat dengan stamina dorang jek yang kurang. Kalau aku jadi jurulatih senang jek nak buat. Setiap hari training kena lari selama 2 jam dulu. Larian tak boleh terlalu perlahan macam pergi jogging dengan awek dekat taman. Rehat setengah jam, pastu semua kena berenang sampai tengah hari. petang pukul 2 start training bola. Kira ikut office hour la. Kalau siapa yang tak larat,  buang terus. Ramai jek yang nak main bola dalam Malaysia ni.

Kalau nak kuatkan semangat plak, setiap bulan buat perkhemahan. Pastu buat macam tentera punya training. Nak lagi style buat malam burung hantu. Lepas jek balik kem aku ingat setakat lawan dengan orang-orang afrika celah gigi jek, mana taknya, semangat masing-masing dah kuat, tengok hantu pun tak takut, ni kan pulak lawan orang afrika yang gedang besar. Silap-silap hari bulan boleh juara dunia Malaysia.

Mungkin kalau ada pemain Malaysia baca entri aku ni, mesti dorang cakap 'ko cakap senang la, cuba ko main'. Masalah bukan aku taknak main, tapi tak diberi peluang. Sepatutnya dorang kena tahu yang dorang ni bawa nama negara. Korang dah terpilih untuk mewakili rakyat Malaysia yang lain. Cuba la main sampai ke titisan peluh yang terakhir. Kalau lawan tu kalah menang memang adat permainan. Tapi jangan mengaku kalah sebelum lawan.



p/s: apa-apa pun tahniah kepada skuad harimau muda yang dah berusaha keras LAST MINUTE semalam untuk mencari jaringan gol..

Oct 16, 2010

Ulasan Bajet 2011

Pembentangan bajet 2011 telah pun berakhir jumaat yang lalu. Sebanyak 212 billion ringgit diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukkan 2010. Daripada jumlah ini, 162.8 billion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus. Manakala, 49.2 billion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan Bajet kali ini menumpu kepada empat strategi utama:

Pertama: Mendaya kembali pelaburan swasta.
-Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta
-Pembangunan Strategik Berimpak Tinggi
-Mencergaskan Pasaran Modal
-Pasaran Modal Islam
-Mempergiatkan Industri Modal Teroka
-Skim Amanah Hartanah Bumiputera
-Dana Pencen Swasta
-Meningkatkan Kegiatan Industri Elektrik dan Elektronik
-Mencergaskan Industri Minyak, Gas dan Tenaga
-Memajukan Teknologi Hijau
-Menyuburkan Sektor Pertanian
-Merancakkan Industri Pelancongan
-Memangkin Industri Minyak Sawit dan Produk Berkaitan
-Meningkatkan Potensi Industri Teknologi Maklumat dan ICT
-Menggalakkan Sektor Perkhidmatan Perniagaan
-Pembangunan Koridor dan Wilayah
-Menggalakkan Aktiviti R&D&C
-Menambah Baik Perundangan Insolvensi
-Memajukan lagi Industri Kreatif
-Memperkukuh Kedudukan Kewangan Negara

Kedua: Membangunkan modal insan
-Mempergiat Usaha Menarik Bakat
-Memperluas Akses kepada Pendidikan Berkualiti
-Memperkasa Pendidikan Awal
-Memantapkan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah
-Memperkasa Pengajian Tinggi
-Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran
-Program Latihan 1Malaysia
-Meningkatkan Produktiviti Pekerja
-Memperluas Penglibatan Wanita dalam Ekonomi
-Pembangunan Sukan Negara

Ketiga: Mensejahterakan hidup rakyat
-Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik
-Meningkatkan Pemilikan Rumah
-Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Luar Bandar
-Meringankan Beban Hidup Rakyat
-Menghargai Sumbangan Pemimpin Masyarakat
-Pembangunan Orang Asli dan Pribumi
-Mengurangkan Kos Pengangkutan
-Memperluas Perkhidmatan Kesihatan Awam
-Membanteras Jenayah, Menjamin Keselamatan
-Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan
-Pemulihraan Alam Sekitar
-Tanggungjawab Sosial Korporat

Keempat: Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
-Mempermudah Berurusan Dengan Agensi Kerajaan
-Memperkemas Sistem Penilaian Prestasi
-Menghargai Sumbangan Penjawat Awam



**********

Daripada bajet yang dibentangkan ini, kesemuanya adalah bertujuan meningkatkan kadar KDNK dalam negara selain untuk memberi insentif atau membantu rakyat di negara ini. Setiap bajet yang diperuntukkan perlulah di selia dengan teliti bagi mengelakkan pengaliran wang yang boleh merugikan negara selain boleh disalah gunakan oleh pihak tertentu.

Kebanyakkan pihak pembangkang menyatakan bajet kali ini menunjukkan bahawa negara kita akan mengadakn pilihan raya dalam masa terdekat ini berdasarkan bajet yang dibentang kali ini kebanyakkannya untuk mengambil hati rakyat.

Pada aku, setiap bajet yang dibentangkan itu adalah berdasarkan perkiraan yang dibuat oleh cendiakawan dalam bidang ekonomi. Setiap bajet itu di kira berdasarkan peratusan untuk menjana keuntungan dalam negara bagi kesenangan rakyat Malaysia.

Akan tetapi, sesetengah bajet ini tidak digunakan dengan sepenuhnya ke arah yang telah ditetapkan. Pengaliran wang ini banyak habis di tengah jalan di atas sikap tamak sesetengah manusia.

Aku rasa kalau kesemua duit ini digunakan tanpa ada penyelewengan pasti KDNK negara lebih meningkat dan sebagai kesannya rakyat Malaysia boleh memperoleh insentif yang lebih banyak untuk tahun berikutnya.

Sebagai rakyat pula, kita tidak boleh sentiasa megharap subsidi  atau pun bonus dari pihak kerajaan pada setiap kali bajet dibentangkan. Ini kerana jika pengaliran wang ke arah ini terlalu banyak, ia akan melembabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan sebagai kesannya kita sebagai rakyat akan menerima balik kesusahannya.

Bagi projek-projek yang ingin dilaksanakan, janganlah kita hanya melibatkan atau memberi tender kepada kroni- kroni atau kenalan kita sahaja. Jika perkara ini berlaku, persaingan sihat antara kontraktor akan hilang  dan dari sini akan menyebabkan kesempurnaan sesuatu projek itu akan terabai. Sebagai kesannya projek yang bernilai jutaan ringgit akan menjadi ibarat projek ribuan ringgit sahaja dan inilah punca sesebuah bangunan boleh runtuh.

Bagi mengatasi penyelewengan pengaliran wang ini, why not setiap kementerian yang diberi peruntukkan dalam bajet ini membentang secara terperinci setiap ringgit yang digunakan kepada semua rakyat yang ingin mengetahui atau cara lainnya menggunakan medium internet untuk melaporkan pengaliran wang tersebut. Dari sini tidak akan timbul penipuan kerana setiap mereka yang mengetahui perkiraan sebenar pasti boleh membangkitkan laporan ini jika terdapat penyelewengan atau penipuan dari pihak tertentu. Laporan ini boleh disediakn sebelum bajet baru dibentangkan. Pengaliran wang akan lebih berkesan di samping rakyat tidak akan rasa tertindas jika perkara ini dapat dilaksanakan.

Banyak lagi nak tulis sebenarnya ni, tapi oleh sebab tangan da letih menaip, aku berhenti setakat ni jek la. Sekian..

p/s: yang sikit kita kongsi sama sikit, yang banyak kita bahagi sama banyak..

Oct 9, 2010

Sebab manusia gila kuasa

Tadi aku ada berbual dengan kawan serumah aku ni. Menurut beliau dalam masa 18 bulan ni seramai 1juta penduduk Malaysia berhijrah untuk bekerja ke luar negara. Kalau dahulu kita tengok ramai rakyat luar yang datang ke Malaysia, tapi sekarang sebaliknya berlaku. Banyak rakyat kita berhijrah ke Qatar, UK, US dan banyak lagi. Kenapa perkara ini semakin menjadi-jadi?? Dalam entri kali ni aku nak tulis apa yang aku fikir berkenaan tentang apa yang menyebabkan rakyat kita berhijrah.

Kalau korang baca forum-forum rakyat Malaysia yang bekerja ke luar negara, dorang banyak menyatakan yang mereka pindah ke luar negara untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan. Aku rasa dari sini kita dapat lihat betapa rendahnya gaji di Malaysia berbanding dengan kelulusan yang kita perolehi. Kalau nak di bandingkan matawang Malaysia takde la kecil sangat, tetapi di mana silapnya?

Jika korang belajar dalam bidang engineering pasti korang rasa gaji RM 3000 pun masih tak cukup lagi kalau bekerja di Malaysia ni. Mana tak nya, gaji itu semua nanti nak bayar hutang kereta la, hutang PTPTN la, hutang rumah dan segala bagai hutang la. Itu belum masuk cukai yang kena bayar lagi. Pernah kah korang terfikir adakah berbaloi belajar bersusah payah selama 4 tahun dan hanya menerima kadar bayaran gaji yang korang dapat sekarang ni.

Sebut pasal cukai, pernah tak korang semua ni terfikir kemana duit cukai yang korang bayar ni pergi. Duit cukai yang kita bayar ni digunakan untuk pembangunan negara. Tapi adakah 100% dari hasil cukai tu digunakan dengan betul untuk pembanganun.

Ok, cuba korang tengok dekat paper kalau kita nak buat sesebuah bangunan berapa bajet yang dorang cakap. Kalau korang kira betul-betul jumlahnya tak sampai pun dengan jumlah yang dorang declare sebenarnya.

Kenapa dorang umumkan bajet yang lebih?? Mana tak nya masing-masing nak duit poket (rasuah) sendiri untuk luluskan projek tu. Adakah rakyat dapat faedahnya? Ya, dapat tu memang dapat, tapi dapat la bangunan yang retak-retak yang boleh runtuh 10 tahun lagi. Haa..inilah yang rakyat kita dapat dari hasil cukai tadi. Siapa yang lebih untung dalam perkara ni? Sudah tentu bukan aku, siapa lagi kalau tak orang-orang politik ni.

Dari sini la korang boleh fikir sebab apa ahli politik ni semua gila pangkat. Manusia sekarang ni mana ada yang nak buat kerja free of charge. Masuk jamban pun kena bayar sekarang.

Setiap tahun kadar pertumbuhan negara meningkat. Jika betul meningkat kenapa duit tu tak digunakan untuk membantu rakyat. Inilah silapnya kalau duit tu kita nak makan seorang. Aku rasa Malaysia ni sebenarnya mampu memberi elaun kepada rakyatnya. Jangan la kita lebih mengutamakan orang asing dari rakyat sendiri. Rakyat sendiri kena berhijrah ke negara lain untuk mencari pendapatan yang lebih. Orang asing bersenang-lenang mengutip hasil dalam negara kita.

Jika hak kita sebagai rakyat dijaga pasti tidak timbul isu untuk protes apa yang dilakukan pihak berkenaan. Kalau ditegur cuba la jadikan pedoman. Ini tidak, jika kita menegur benda yang betul pasti kita akan disisihkan dari mendapat sebarang faedah atau segala bagai la.



p/s: jangan hanya mendengar khabar dari sebelah pihak sahaja, bacalah dari semua sumber. Anda cari, anda baca, anda fikir dan anda nilailah yang mana baik atau buruk. Kalau takde angin takkan pokok boleh bergoyang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...