Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Dec 31, 2010

BCC (Benda campuq campuq)

Firstly aku nak ucap tahniah kepada skuad harimau muda kita yang berjaya membawa pulang piala suzuki untuk tahun 2010. Tahniah di ucapkan!

Ok..bila cerita pasal bola ni, aku saje nak teguq sikit kepada penyokong2 yang emoticon tak bertempat. Tolong la bersikap profesional sikit. Bola tu bulat, kalah menang adat permainan la. Yang media pun sibuk mengapi2 kan peminat ni, aiyooo..serupa budak kecik punya perangai la.

Kalau sebelum ni skuad kita kalah jek, ramai yang duk mengutuk. Bila dah menang sume mengaku dorang la anak Malaysia. Tapi pada aku kritikan tu perlu gak sebab kalau tak kita jadi leka. Bagi pemain2 plak syabas sebab memandang positif setiap kritikan yang dilemparkan sampai berjaya bawa pulang piala.



Ok..aku malas nak cerita panjang2 pasal bola. Ape2 pun tahniah buat Rajagopal dan anak2 buah. Korang memang Rock!. Sebab korang aku cuti arini..huahuahua.

Arini merupakan ari terakhir untuk tahun 2010. Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011. Untuk tahun baru ni aku tak nak pasang azam apa2 sebab azam time maal hijrah aritu pun tak tercapai lagi. So, teruskan azam yang aritu jek. Kalo banyak sangat azam nanti orang kata 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

Semoga korang semua ada azam untuk memperbaharui hidup korang. Jangan plak poyo jek nak pasang azam, tapi usaha xdaq. 

Teringat plak tadi aku ada tengok tv show oprah winfrey. Tetamu dia tadi salah seorang penduduk zimbabwe yang susah dulu kalanya. Dia ni dulu memang susah, tapi dia bercita-cita nak belaja sampai dapat PhD. Dia cerita mak dia suruh dia tulis ape yang dia cita2 kat kertas, pastu letak dalam tin dan tanam. 

Dengan semangat yang kuat akhirnya dapat la gak dia menerima PhD. Ok..motif dari cerita pompuan ni, setiap apa yang korang cita2 kan pasti boleh capai. Tinggal lagi nak usaha untuk dapatkan atau tak jek.

Okla..aku nak chow nak kuar berdating bersama cik koko..ngeh3..Selamat tahun baru!! Merdeka!!

p/s: Jangan la jadi seperti ayam, sebab tahi ayam hanya panas sekejap saje. Sekian. Tajuk entri takde kena mengena kepada yang hidup atau pun yang tengah koma dekat hospital.

Nov 16, 2010

Kualiti bola sepak Malaysia

Semalam baru berakhir perlawanan antara Malaysia menentang Iran untuk sukan asia. Malaysia kalah 3-1 beb dengan Iran. 1 mata tu pun dapat penalti.

Semalam time nak tamat game, sempat plak pengulas dekat tv 1 tu sound, 'pemain-pemain Malaysia boleh kemas barang-barang untuk menyambut Raja Haji di Malaysia'. Aku ingat kalau pemain-pemain Malaysia dengar conform menanah telinga. Mendalam maksud kata-kata tu.

Tapi memang patut pun kena  kutuk. Berlatih bukan main dekat luar negara. Hantar sana sini untuk lawan dengan negara lain. Last-last habuk pun takdak. Aku rasa kalau kita dah betul terer, berlatih dalam negara pun dah cukup. Tengok macam negara-negara dekat Afrika, walaupun miskin siap boleh masuk piala dunia lagi.

Bagi aku dari duit tu digunakan untuk melatih budak-budak harimau muda dekat luar negara, lebih baik duit tu guna untuk naik taraf kemnudahan bola sepak dekat Malaysia ni. Orang lain pun boleh dapat manfaat dengan menyewa kemudahan yang dinaik taraf tadi.

Tapi aku tengok takde la tak bagus sangat budak-budak harimau muda ni main. Cuma aku rasa semangat dengan stamina dorang jek yang kurang. Kalau aku jadi jurulatih senang jek nak buat. Setiap hari training kena lari selama 2 jam dulu. Larian tak boleh terlalu perlahan macam pergi jogging dengan awek dekat taman. Rehat setengah jam, pastu semua kena berenang sampai tengah hari. petang pukul 2 start training bola. Kira ikut office hour la. Kalau siapa yang tak larat,  buang terus. Ramai jek yang nak main bola dalam Malaysia ni.

Kalau nak kuatkan semangat plak, setiap bulan buat perkhemahan. Pastu buat macam tentera punya training. Nak lagi style buat malam burung hantu. Lepas jek balik kem aku ingat setakat lawan dengan orang-orang afrika celah gigi jek, mana taknya, semangat masing-masing dah kuat, tengok hantu pun tak takut, ni kan pulak lawan orang afrika yang gedang besar. Silap-silap hari bulan boleh juara dunia Malaysia.

Mungkin kalau ada pemain Malaysia baca entri aku ni, mesti dorang cakap 'ko cakap senang la, cuba ko main'. Masalah bukan aku taknak main, tapi tak diberi peluang. Sepatutnya dorang kena tahu yang dorang ni bawa nama negara. Korang dah terpilih untuk mewakili rakyat Malaysia yang lain. Cuba la main sampai ke titisan peluh yang terakhir. Kalau lawan tu kalah menang memang adat permainan. Tapi jangan mengaku kalah sebelum lawan.



p/s: apa-apa pun tahniah kepada skuad harimau muda yang dah berusaha keras LAST MINUTE semalam untuk mencari jaringan gol..

Nov 7, 2010

Bola itu bulat

Bila sebut pasal bola semua orang mesti tahu apa itu bola. Macam mana bentuk bola. Siapa yang terer main bola. Ada pelbagai jenis sukan yang melibatkan bola. Hari ni aku nak story pasal bola sepak. 



Semalam time hantar sahabat aku yang mahu pulang ke Johor semula selepas dua hari lepak dekat penang, kita orang lepak dekat kedai makan dulu. Time dekat kedai makan tu sempat gak kita orang layan EPL. Bila tengok EPL aku teringat plak piala Malaysia yang baru habis miggu lepas. Tahniah kepada Kelantan sebab menjadi juara.

Aku nak comment sikit pasal penyokong-penyokong fanatik tak kira la penyokong untuk kelab Malaysia atau luar negara. Aku rasa pelik sebab apa penyokong yang taksub ni nak merusuh kalau team dorang kalah. Bola tu kan bulat, kalah menang adat permainan la. Tak tahu la kalau ada bola petak.

Kalau kita tak boleh nak terima kekalahan atau kutukan baik jangan tengok bola, macam aku ni. Aku minat main bola tapi tengok bola kurang sikit sebab bukan aku dapat faedah apa-apa pun. Kalau korang tengok bola kurang-kurang hampir 2 jam kurang guna masa korang. Kalau tengok bola boleh jadi kaya nak jugak aku tengok. 

Ni tak termasuk yang kaki-kaki judi kat luar tu. Bola pun boleh di jadikan taruhan. Ni yang bahaya sehingga boleh mendatangkan rusuhan kalau satu-satu team tu kalah. 

Nasihat aku kalau sesape yang tak boleh terima kekalahan, baik korang jangan tengok bola. Kalau korang merusuh sekali pun bukan team korang boleh menang pun. 

p/s: jangan emosi dengan bola..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...