Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Nov 28, 2010

Beg bungkusan luar dugaan

Semalam aku ada share gambar-gambar kekreatifan terlebih lelaki. Hari ni aku nak share gambar-gambar beg bungkusan yang di design secara kreatif.


Beg ni kalo pakai rambut betul mahu mahal nak beli..Kalau letak muka aku dah conform beg ni takde tali. Rambut aku bukan panjang mana pun.


Beg yang dekat atas ni plak tak sesuai pakai dekat Malaysia. Mahu kena tangkap dengan jabatan agama.


Yang ni lagi la terang-terang tak boleh pakai dekat sini. Silap-silap nak tido termimpi-mimpi kalau lelaki yang pakai ni.


Beg yang dekat atas ni sesuai di pakai untuk orang yang suka bersukan jek aku rasa. Sape la yang design  ni.


Sape yang rasa nak pergi interview bawa la beg ni, mana la tahu in case tetiba tie korang hilang. Kan boleh guna beg ni.


Beg yang dekat atas ni tak sesuai pakai time bulan puasa. Memang orang semua pandang slack jek la dekat korang.


Sayangilah anak anda. Ni lah aku rasa motif beg ni di design.


Kepada abang-abang ketaq (tough) dekat luar tu boleh la beli beg ni nak bagi nampak macho sikit.


Beg dekat atas ni sesuai untuk sesape yang perut 10 inci ke depan tapi mengimpikan untuk menjadikan 1 pack kepada 6 pack.Takdela nampak buncit sangat nanti.


Sayangi haiwan anda. Kalau sape yang geli nak dekat dengan orang utan atau beruk, boleh la pakai beg ni.


Kalau korang rasa gigi korang tak cukup bersinar, sila la lupakan niat untuk pakai beg ni. 


Muka sape la dekat beg atas ni. Muka terkejut rambut kena tarik.  Memang style abis.


Beg yang dekat atas ni plak korang boleh letak muka orang yang korang tak puas hati, kalau orang tu nampak dia boleh tahu korang tak puas hati dengan dia.


Beg macam ni sesuai pakai dekat pasar, kalau orang nak ragut pun dia boleh tahu yang dalam beg tu takde benda berharga pun.

Ni beg lutsinar, kalau agak-agak korang nak beli pakaian yang dekat dalam-dalam tu tak payah la nak pakai beg ni.


Kenapa mesti nak letak muka orang tua yang innocent tu dekat beg atas ni. Letak la muka penjenyah ker..ye dok..


Dermalah darah anda, jangan di dermakan dara anda. Sekian



Kalau barang elektrik dekat rumah korang putus wayar, boleh amik dekat beg ni jek.



Beg yang dekat atas ni sesuai untuk gangster-gangster dekat luar sana. Black jack tu...


Kalau nak merompak boleh la pakai beg  ni. Lepas rompak duit boleh masukkan dalam beg ni terus.

p/s : credit to www.rockingfacts.com

Nov 27, 2010

Bila lelaki terlebih kreatif

Hari ni takde idea kreatif nak tulis blog. So, aku just nak paste gambar-gambar yang aku tengok dekat google bila lelaki terlebih kreatif.




































Adakah lelaki lebih kreatif dari wanita? Angpa pikiq la sendiriq...

Nov 13, 2010

Koleksi teka-teki (part 3)

Tetiba terasa nak bagi teka-teki lagi. Teka-teki kali ni banyak disumbangkan oleh cik koko. Ada gak soalan-soalan yang dia soal aku tak dapat jawab. Kalau korang rasa korang power dari aku, try korang jawab dulu pastu baru tengok jawapan.

Soalan1: Ada dua ekor ikan dalam akuarium. Kenapa air dalam akuarium tu makin bertambah bila seekor ikan tu mati?

Soalan2: Kenapa dinosaur tak lagi wujud zaman sekarang?

Soalan3: Banyak-banyak negara, negara apa yang tergantung?

Soalan4: Banyak-banyak binatang, binatang apa yang terer taekwando?

Soalan5: Benda apa yang jauh dimata, tapi dekat di hati?

Soalan6: Banyak-banyak pintu, pintu apa yang tak boleh tolak?

Soalan7: Gajah lalu satu jambatan, jambatan tu patah. Kambing lalu patah apa?

Soalan8: Nak cari sikit pun bukan main susah, kalau dah dapat dibuang plak, benda apakah itu?

Soalan9: Banyak-banyak binatang, binatang apa yang takde kepala?

Soalan10: Kuih apa yang isi dekat luar, bungkusnya dekat dalam?



***********

Jawapan1: Ikan yang hidup tu menangis atas pemergian ikan yang lagi seekor.
Jawapan2: Zaman sekarang dah banyak sangat superhero, yang terbaru ni cicakman...
Jawapan3: Negara Thailand sebab dia pakai tie..
Jawapan4: Zebra ler..korang tengok berapa banyak black belt zebra ada..
Jawapan5: Usus..
Jawapan6: Pintu yang ada tulis 'TARIK'..
Jawapan7: Patah balik la der..
Jawapan8: Tahi hidung korang..
Jawapan9: Ketam.
Jawapan10: Kuih salah bikin..

p/s: tahniah jika anda berjaya menjawab..

Oct 24, 2010

Koleksi teka-teki (part 2)

Sambungan dari teka-teki aritu..

Soalan: Masa kecik dia hitam, bila besar dia putih, apakah dia?
Jawapan: Michael Jackson la der..

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa yang ada bulu?
Jawapan: Ikan duyung sebab duyung ada bulu ketiak...

Soalan: Mi apa yang warna hitam?
Jawapan: Bukan Mi Hailam tapi misai..huahuahua

Soalan: Kenapa anak babi jalan menunduk?
Jawapan: Sebab dia malu mak bapak dia keturunan babi..

Soalan: Banyak-banyak jin, jin apa boleh menyanyi?
Jawapan: Jinbara ler..

Soalan: Seorang raja dengan seorang petani terjun ke sungai yang banyak buaya, kenapa raja tu tak mati di baham buaya?
Jawapan: Raja tu mangkat di makan buaya..

Soalan: Binatang apa yang paling seksi di dunia ini?
Japawan: Zebra la sebab siang-siang hari pun pakai bra...kwang3...

Soalan: Ada 10 ekor burung, 3 ekor kena tembak, 2 ekor kena perangkap, 4 ekor kena baham, berapa ekor burung yang dapat lari?
Jawapan: Tiada...sebab burung mana lari, burung terbang jek..

Soalan: Binatang apa yang paling bodoh dalam dunia?
Jawapan: Singa la sebab janggut sendiri pun tak boleh nak potong..

Soalan: Di tembak ke lantai tapi hidung yang kena, apakah dia?
Jawapan: Kentut..sebab kentut ikut bontot, baunya ke hidung...

Ada satu teka-teki maut aku baca orang tag kat fb td...

Soalan: Ada 3 orang kawan nak sewa hotel, harga sewa RM30, setiap seorang dari mereka membayar RM10 setiap seorang. Mereka bertiga bernasib baik sebab hotel tu buat promosi  dengan kadar sewa hanya RM25. So, duit balance ada RM5, brader kaunter tu nak pulangkan balik RM5 kepada mereka bertiga, oleh sebab pening nak bahagi RM5 tadi kepada 3 orang, brader tu pun pulangkan seorang RM1 dan dia ambil RM2 sebagai tips. Jadinya mengikut perkiraan dorang bayara RM9 setiap seorang. RM9 x 3 orang = RM27 + RM2 duit tips=RM29, mana pergi lagi RM1?

Bayaran permulaan:
RM10 x 3 orang = RM30

Discount RM 5:
RM30-RM5=RM25

Brader tu bagi seorang RM1 dan dia amik RM2:
RM1 x 3 orang +RM2= RM5

Setiap orang dikira bayar RM9:
RM9 x 3 orang = RM27 + RM2 (duit tips) = RM29

Mana hilangnya lagi RM1?




p/s: selamat menjawab...

Oct 1, 2010

Koleksi teka-teki (part 1)

Hari ini aku nak bagi teka-teki yang budak tadika pun boleh jawab..Kalau korang rasa korang dewasa cuba jawab dulu sebelum baca jawapan yang diberi..

Soalan : Benda apa kalau masuk segitiga, kalau keluar bergulung-gulung??..tettt..
Jawapan: Seluar dalam korang la...

Soalan : Ikan apa badan nya kecik, kepala nya besar??...tettt..
Jawapan: Ikan bilis pakai helmet..kalo korang tak caya cuba korang tanya adik-adik yang dekat tadika..

Soalan :  Kenapa penggali kubur gali kubur tak pakai selipar??..tettt..
Jawapan: Mana la nak siap kalau gali kubur pakai selipar..orang gali kubur pakai cangkul..

Soalan : Kalau korang power cuba korang teka mouse komputer yang korang guna jantan ker betina??..tettt..
Jawapan: Dah sah-sah la betina sebab dia pakai pad..huahuahua

Soalan : Apa benda nya kalau ada 3 kepala, 6 mata, 8 kaki??..tettt..
Jawapan: Koboi naik kuda bawa ayam..

Soalan : Kenapa dekat landasan kereta api letak batu kerikil??..tettt..
Jawapan: Kalau letak pisang goreng memang jadi rebutan punya..

Soalan : Benda apa rumah dekat bawah, tiang dekat atas??..tettt..
Jawapan: Kubur ler..

Soalan : Banyak-banyak kotak, kotak apa yang memang tak boleh nak angkat??..tettt..
Jawapan: Kotak penalti..kwang3~~

Soalan : Kenapa kayu balak nak kena tebang??..tettt..
Jawapan: Dah tak boleh nak cabut, tebang jek la..

Soalan : Kenapa cikgu sejarah selalu botak dekat belakang, professor pulak selalu botak dekat depan??..tettt..
Jawapan: Sebab professor selalu fikir masa depan, cikgu sejarah selalu fikir masa lampau..



Akan bersambung di lain hari..

p/s: Kalau tak dapat atas 5 markah, kena masuk tadika balik la jawabnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...