Oct 16, 2010

Ulasan Bajet 2011

Pembentangan bajet 2011 telah pun berakhir jumaat yang lalu. Sebanyak 212 billion ringgit diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukkan 2010. Daripada jumlah ini, 162.8 billion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus. Manakala, 49.2 billion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan Bajet kali ini menumpu kepada empat strategi utama:

Pertama: Mendaya kembali pelaburan swasta.
-Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta
-Pembangunan Strategik Berimpak Tinggi
-Mencergaskan Pasaran Modal
-Pasaran Modal Islam
-Mempergiatkan Industri Modal Teroka
-Skim Amanah Hartanah Bumiputera
-Dana Pencen Swasta
-Meningkatkan Kegiatan Industri Elektrik dan Elektronik
-Mencergaskan Industri Minyak, Gas dan Tenaga
-Memajukan Teknologi Hijau
-Menyuburkan Sektor Pertanian
-Merancakkan Industri Pelancongan
-Memangkin Industri Minyak Sawit dan Produk Berkaitan
-Meningkatkan Potensi Industri Teknologi Maklumat dan ICT
-Menggalakkan Sektor Perkhidmatan Perniagaan
-Pembangunan Koridor dan Wilayah
-Menggalakkan Aktiviti R&D&C
-Menambah Baik Perundangan Insolvensi
-Memajukan lagi Industri Kreatif
-Memperkukuh Kedudukan Kewangan Negara

Kedua: Membangunkan modal insan
-Mempergiat Usaha Menarik Bakat
-Memperluas Akses kepada Pendidikan Berkualiti
-Memperkasa Pendidikan Awal
-Memantapkan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah
-Memperkasa Pengajian Tinggi
-Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran
-Program Latihan 1Malaysia
-Meningkatkan Produktiviti Pekerja
-Memperluas Penglibatan Wanita dalam Ekonomi
-Pembangunan Sukan Negara

Ketiga: Mensejahterakan hidup rakyat
-Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik
-Meningkatkan Pemilikan Rumah
-Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Luar Bandar
-Meringankan Beban Hidup Rakyat
-Menghargai Sumbangan Pemimpin Masyarakat
-Pembangunan Orang Asli dan Pribumi
-Mengurangkan Kos Pengangkutan
-Memperluas Perkhidmatan Kesihatan Awam
-Membanteras Jenayah, Menjamin Keselamatan
-Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan
-Pemulihraan Alam Sekitar
-Tanggungjawab Sosial Korporat

Keempat: Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
-Mempermudah Berurusan Dengan Agensi Kerajaan
-Memperkemas Sistem Penilaian Prestasi
-Menghargai Sumbangan Penjawat Awam



**********

Daripada bajet yang dibentangkan ini, kesemuanya adalah bertujuan meningkatkan kadar KDNK dalam negara selain untuk memberi insentif atau membantu rakyat di negara ini. Setiap bajet yang diperuntukkan perlulah di selia dengan teliti bagi mengelakkan pengaliran wang yang boleh merugikan negara selain boleh disalah gunakan oleh pihak tertentu.

Kebanyakkan pihak pembangkang menyatakan bajet kali ini menunjukkan bahawa negara kita akan mengadakn pilihan raya dalam masa terdekat ini berdasarkan bajet yang dibentang kali ini kebanyakkannya untuk mengambil hati rakyat.

Pada aku, setiap bajet yang dibentangkan itu adalah berdasarkan perkiraan yang dibuat oleh cendiakawan dalam bidang ekonomi. Setiap bajet itu di kira berdasarkan peratusan untuk menjana keuntungan dalam negara bagi kesenangan rakyat Malaysia.

Akan tetapi, sesetengah bajet ini tidak digunakan dengan sepenuhnya ke arah yang telah ditetapkan. Pengaliran wang ini banyak habis di tengah jalan di atas sikap tamak sesetengah manusia.

Aku rasa kalau kesemua duit ini digunakan tanpa ada penyelewengan pasti KDNK negara lebih meningkat dan sebagai kesannya rakyat Malaysia boleh memperoleh insentif yang lebih banyak untuk tahun berikutnya.

Sebagai rakyat pula, kita tidak boleh sentiasa megharap subsidi  atau pun bonus dari pihak kerajaan pada setiap kali bajet dibentangkan. Ini kerana jika pengaliran wang ke arah ini terlalu banyak, ia akan melembabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan sebagai kesannya kita sebagai rakyat akan menerima balik kesusahannya.

Bagi projek-projek yang ingin dilaksanakan, janganlah kita hanya melibatkan atau memberi tender kepada kroni- kroni atau kenalan kita sahaja. Jika perkara ini berlaku, persaingan sihat antara kontraktor akan hilang  dan dari sini akan menyebabkan kesempurnaan sesuatu projek itu akan terabai. Sebagai kesannya projek yang bernilai jutaan ringgit akan menjadi ibarat projek ribuan ringgit sahaja dan inilah punca sesebuah bangunan boleh runtuh.

Bagi mengatasi penyelewengan pengaliran wang ini, why not setiap kementerian yang diberi peruntukkan dalam bajet ini membentang secara terperinci setiap ringgit yang digunakan kepada semua rakyat yang ingin mengetahui atau cara lainnya menggunakan medium internet untuk melaporkan pengaliran wang tersebut. Dari sini tidak akan timbul penipuan kerana setiap mereka yang mengetahui perkiraan sebenar pasti boleh membangkitkan laporan ini jika terdapat penyelewengan atau penipuan dari pihak tertentu. Laporan ini boleh disediakn sebelum bajet baru dibentangkan. Pengaliran wang akan lebih berkesan di samping rakyat tidak akan rasa tertindas jika perkara ini dapat dilaksanakan.

Banyak lagi nak tulis sebenarnya ni, tapi oleh sebab tangan da letih menaip, aku berhenti setakat ni jek la. Sekian..

p/s: yang sikit kita kongsi sama sikit, yang banyak kita bahagi sama banyak..

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...