Nov 30, 2010

Mimpi jadi kenyataan

Minggu lepas aku ada mimpi kena gigit ular. Sebenarnya malam keesokkan nya aku mimpi plak gigi gusi aku kena cabut. Aku terbangun tengok jam pukul 4 pagi. Orang kata kalau mimpi sebelum subuh ada maksudkan.

So, aku dah rasa tak sedap hati sebab dah 2 hari dapat mimpi tak baik minggu lepas. Aku dah tahu kalau mimpi patah gigi ni mean ada sedara terdekat akan meniggal. So, aku telefon la mak aku bila hari dah siang. Aku tanya mak aku family aku semua sihat tak. Alhamdulilah semua ok.

Mak aku pesan dekat aku takde apa-apa. Tu sume mimpi jek. So, aku pun abaikan jek la mimpi aku tu. Baru kejap tadi akak aku call, dia bagitau yang Pak Teh aku baru meninggal dunia. Aku teringat adakah mimpi aku tu telah jadi kenyataan. Apa-apa pun tu semua kuasa Tuhan.

Aku rasa nak balik nak ziarah jenazah. Tapi perjalanan nak balik JB agak jauh gak. Sedih jugak pikir blaja jauh-jauh ni. Bila jadi macam ni dah susah. Tapi tu semua sudah takdir dari Dia. Semua yang hidup pasti akan mati.

Aku cuma boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Pak Teh aku yang baru saje meninggal dunia. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...



p/s: takziah kepada ahli keluarga arwah di atas pemergian orang yang tersayang. Al-fatihah....

Nov 28, 2010

Beg bungkusan luar dugaan

Semalam aku ada share gambar-gambar kekreatifan terlebih lelaki. Hari ni aku nak share gambar-gambar beg bungkusan yang di design secara kreatif.


Beg ni kalo pakai rambut betul mahu mahal nak beli..Kalau letak muka aku dah conform beg ni takde tali. Rambut aku bukan panjang mana pun.


Beg yang dekat atas ni plak tak sesuai pakai dekat Malaysia. Mahu kena tangkap dengan jabatan agama.


Yang ni lagi la terang-terang tak boleh pakai dekat sini. Silap-silap nak tido termimpi-mimpi kalau lelaki yang pakai ni.


Beg yang dekat atas ni sesuai di pakai untuk orang yang suka bersukan jek aku rasa. Sape la yang design  ni.


Sape yang rasa nak pergi interview bawa la beg ni, mana la tahu in case tetiba tie korang hilang. Kan boleh guna beg ni.


Beg yang dekat atas ni tak sesuai pakai time bulan puasa. Memang orang semua pandang slack jek la dekat korang.


Sayangilah anak anda. Ni lah aku rasa motif beg ni di design.


Kepada abang-abang ketaq (tough) dekat luar tu boleh la beli beg ni nak bagi nampak macho sikit.


Beg dekat atas ni sesuai untuk sesape yang perut 10 inci ke depan tapi mengimpikan untuk menjadikan 1 pack kepada 6 pack.Takdela nampak buncit sangat nanti.


Sayangi haiwan anda. Kalau sape yang geli nak dekat dengan orang utan atau beruk, boleh la pakai beg ni.


Kalau korang rasa gigi korang tak cukup bersinar, sila la lupakan niat untuk pakai beg ni. 


Muka sape la dekat beg atas ni. Muka terkejut rambut kena tarik.  Memang style abis.


Beg yang dekat atas ni plak korang boleh letak muka orang yang korang tak puas hati, kalau orang tu nampak dia boleh tahu korang tak puas hati dengan dia.


Beg macam ni sesuai pakai dekat pasar, kalau orang nak ragut pun dia boleh tahu yang dalam beg tu takde benda berharga pun.

Ni beg lutsinar, kalau agak-agak korang nak beli pakaian yang dekat dalam-dalam tu tak payah la nak pakai beg ni.


Kenapa mesti nak letak muka orang tua yang innocent tu dekat beg atas ni. Letak la muka penjenyah ker..ye dok..


Dermalah darah anda, jangan di dermakan dara anda. Sekian



Kalau barang elektrik dekat rumah korang putus wayar, boleh amik dekat beg ni jek.



Beg yang dekat atas ni sesuai untuk gangster-gangster dekat luar sana. Black jack tu...


Kalau nak merompak boleh la pakai beg  ni. Lepas rompak duit boleh masukkan dalam beg ni terus.

p/s : credit to www.rockingfacts.com

Nov 27, 2010

Bila lelaki terlebih kreatif

Hari ni takde idea kreatif nak tulis blog. So, aku just nak paste gambar-gambar yang aku tengok dekat google bila lelaki terlebih kreatif.




































Adakah lelaki lebih kreatif dari wanita? Angpa pikiq la sendiriq...

Nov 25, 2010

Beza internet free dan berbayar

Dekat Malaysia sekarang ni internet satu keperluan untuk setiap individu. Orang sekarang gunakan internet bukan untuk cari maklumat jek. Sekarang ni orang menjana pendapatan pakai internet. Kalau korang pandai menggunakan internet, dengan cara percuma korang boleh jana pendapatan beribu-ribu. Macam mana caranya..haaa..yang tu korang cari sendiri.

Sekarang ni suri rumah pun guna internet nak cari resipi masakan. Cuba korang bayangkan kalau satu hari takde internet, mahu tak makan anak-beranak. Makan luar jek la jawabnya. Mana taknya si isteri ni tadi tak tahu nak masak apa atas sebab tak dapat nak cari resipi sebab internet takde.

Ok..yang tadi tu pasal masak ok lg, cuba korang bayangkan satu hari nanti orang yang deco rumah pun guna internet untuk cari idea. Kalau sebulan takde internet, mahu terbengkalai rumah yang dorang nak deco. Kalau tak siap ok lagi, kalau salah deco lagi la masak macam gambar dekat bawah ni.


Tak ker pelik jamban boleh sekali dengan tempat nak makan. Tapi ok gak, kalau cirit lepas makan boleh terus jalan..ngeh2..

Ni da jauh keluar topik dah ni. Kalau buat esei time SPM boleh fail. Bagi tajuk lain cerita benda lain. Aku nak story betapa penting internet sekarang ni.

Ok..sekarang ni oleh sebab aku duduk dekat hostel, so pakai la internet free yang dah di sediakan. Internet free ni banyak sangat benda yang nak di block nya. Yang aku menyirap, petang tadi aku tengah bosan-bosan nak singgah la blog orang lain nak baca. Ada certain blog pun dia nak block. Bukannya blog lucah pun yang aku nak buka tu. 

Dah la slow, kadang-kadang suka hati dia jek nak disconnect. Tapi takpe la kan, nama pun benda free, kena la bersyukur. Tapi kadang terfikir gak nak pakai berukband. Tapi line dekat sini tak clear sangat. Dah la berukband tu dah memang sedia slow. Pastu pakai plak kat kawasan ni. Memang lagi serupa tak payah pakai jek la.

Rasa nak pasang streamyx jek, tapi kat sini dorang tak benarkan plak. Biar la bayar mahal sikit, yang penting puas hati. Nak download benda ngarut-ngarut pun boleh..tetttttt..

Nak marah-marah pun internet kat sini tetap macam ni. Hari pun sudah malam. Jadi setakat ni saja lah yang saya nak complaint. Sekian.

p/s: KELAJUAN INTERNET DI MALAYSIA PERLU DI UPGRADE!

Nov 22, 2010

Kena gigit ular

Tengah aku jalan menyusuri sungai, tetiba ada sekor ular besar bangsat terus gigit perut aku. Besar dia macam anaconda ada aku rasa. Terus aku terbangun dari tidur yang nyenyak.  Terasa macam betul-betul kena gigit siot time bangun. 

Aku tengok jam baru nak dekat pukul 4 pagi. Orang kata kalau mimpi sebelum subuh ada maksud mimpi tu. Aku tak pikir banyak terus sambung tido balik. Kalau ular tu datang balik dalam mimpi aku, memang menempah maut ular tu.

Time kat office hari ini, aku teringat mimpi tadi. Aku pun tertanya-tanya betul ker mimpi aku tu ada maksud. Aku pun dengan gagah search la dekat google cari tafsiran mimpi aku semalam.

Search punya search aku jumpa la tafsiran mimpi kalau kena patuk ular dengan kena belit dengan ular. Orang kata kalau mimpi kena patuk ular nanti ada orang nak datang pinang kita. Takkan la ada perempuan nak datang pinang aku plak. Ada gak yang aku baca kalau kena patuk ular mean kita akan peroleh rezeki yang melimpah. Kalau betul bagus gak ni ($_$)..hahaha.

Aku baca plak kalau mimpi kena belit dengan ular mean akan ditimpa kecelakaan. Uish..harap-harap dijauhkan. Ada gak yang tafsir kalau kena belit dengan ular mean ada orang akan mengenakan perbuatan sihir dekat diri kita. Yang ni lagi la minta dijauhkan. Tapi sape yang nak sihir aku tu. Aku bukan kaya pun nak sihir-sihir aku. Memang cilaka itu orang.

Takde plak yang mentafsir mimpi kena gigit dengan ular sawa yang besar. Tapi kalau digabung tafsiran mimpi kena patuk dengan kena belit ni, mana la tahu aku akan jadi jutawan pastu orang dengki dengan aku, pastu dorang sihir aku. Kena plak sihir tetiba boleh keluar ular dari dalam perut aku. Uish..selisih malaikat 44.

Biasanya orang yang dapat mimpi yang boleh di tafsir ni orang-orang alim jek. Aku ni takde la alim sangat. Apa-apa pun tu semua urusan Dia. DIA yang maha mengetahui..
p/s: minta2 dijauhkan segala yang tidak di ingini. Sekian.

Nov 21, 2010

Anjakan paradigma

Hujung minggu yang bosan. Tengok TV takde plak cerita best. Tak tahu apa nak buat. Nak masak rasa malas. Pikir punya pikir apa benda yang aku nak buat hari ni, so tetiba aku rasa nak buat anjakan paradigma untuk blog aku ni.

Orang kata kalau kita sentiasa buat pembaharuan dalam hidup, baru lah kita boleh create fikiran yang kreatif. So hari ni aku cuba nak buat pembaharuan dalam blog aku dengan impian supaya otak aku ni boleh bertambah kreatif. Mana la tahu satu hari nanti boleh jadi Ibnu Sina ker..ngeh3..Kena ada angan-angan baru impian boleh tercapai.

Hari ni aku cadang nak ubah title blog aku dari 'Sekadar Contengan' kepada 'Janji Rock (JR)'. Tetiba tadi terlintas dalam benak otak aku perkataan ni. Aku pun pikir macam best jek dengan singkatan dia 'JR'. Kalau 'Sekadar Contenga' short form dia 'SC'. Tak ke buruk jek dengar.

Jangan korang terkejut tengok-tengok title blog aku da lain. Ni adalah blog hilmiee.blogspot.com. Aku saje nak bagitau sebab mana la tahu ada pembaca-pembaca blog aku ni yang mengidap sakit jantung. Mahu boleh mati kalau tengok blog ni dah tukar nama. Dah aku dikira pembunuh. 

Mana la tahu gak ada peminat-peminat setia yang meratapi sebab ingat blog Sekadar Contengan dah takde. Bajet aku artist..huahuahua (perli diri sendiri).



p/s: Sekian. 'Sekadar Contengan' bertukar "Janji Rock".

Nov 19, 2010

Kenapa yahudi bijak

Info yang aku nak share dalam entri kali ni aku baca dekat facebook. Mana la tahu ada orang yang masih takde facebook. Aku rasa tak salah aku share balik benda baik yang orang dah tulis. Sekali pun orang tu tak dapat nama tapi dia akan dapat pahala. Ye dok..

Apa yang aku nak kongsi balik ni adalah berkenaan bagaimana cara hidup orang yahudi sehingga dorang ni bijak dalam setiap bidang yang mereka ceburi. Kajian ni dibuat oleh seorang student PhD. 


1. Persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Ini adalah untuk anak yang didalam kandungan untuk melatih otak dorang, supaya bayi tersebut menjadi genius apabila dewasa kelak. 

Sejak awal mengandung, sang ibu gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari, makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

2. Pemakanan

Orang yahudi gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut orang yahudi, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

3. Rokok

Di Israel, merokok adalah taboo (tidak baik). Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi)

4. Tadika

Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan beliau, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah di latih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

5. Sekolah Rendah

Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan di ajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Segala pelajaran dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut beliau, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

6. Sekolah Menengah

Selanjutnya pemerhatian beliau menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekankan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

7. Fakulti Perniagaan

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1 juta! Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia. Siapakah yang mencipta design Levis yg terkini? Ianya di cipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

8. Ibadat

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

9. Bantuan niaga

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compter, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Sekian.



p/s: setiap yang baik di jadikan teladan, yang jahat jadikan lah sempadan!

Nov 18, 2010

Terkorban di raya korban

Hari raya haji di panggil gak hari raya qurban atau nama lain hari raya eidul adha. Apa beza eidul adha dengan aidil adha aku pun tak tahu. Yang penting dua-dua mean hari raya haji. Orang lama-lama lebih suka sebut eidul adha kot. Tapi kalau korang sebut betul-betul eidul adha siap dengung sedap gak bunyinye.

Entri kali ni bukan la aku nak cerita mangsa korban jalan raya atau pun lembu-lembu yang terkorban time raya haji semalam. Aku nak story apa yang aku korbankan time raya semalam.

Semalam aku hampir terkorban atas katil dengan tak pergi sembahyang raya. Nasib baik iman aku tebal kulit limau. Bangun-bangun tidur tengok dekat luar tingkap semalam berkabus gile. Terasa macam diperantauan dekat luar negara plak semalam. Pada hal dekat penang jek pun. Tu yang buat malas nak bangun semalam. 

Time nak pergi sembahyang raya, baru aku teringat tahun lepas aku tak pergi pun sembahyang raya. Ish3..bab yang ni korang jangan ikut. Habis sembahyang raya, dengar plak khutbah raya. Dekat sini khutbah dwibahasa sebab ramai foreigner. Sekali lagi aku terasa macam beraya diperantauan dekat luar negara. Nasib baik aku sedar yang aku berada di Malaysia lagi.

Habis khutbah ada plak jamuan dekat masjid. Aku pun taknak lepaskan peluang makan. Al-maklum la dekat bilik mana ada rendang ker, nasi himpit ker. So, untuk mendapat feel raya tu, aku pun beratur la amik makanan semata-mata nak rasa feel raya diperantauan. Pada hal time tu memang aku tengah lapar pun.

Balik bilik dengar plak lagu raya. Dengar takbir dekat laptop ulang-ulang nak bagi feel sedih datang sikit. Tapi takde la aku nangis tak dapat balik raya. Ni semua pengorbanan sebab ada kerja..ngeh3..

Untuk feel lagi hari raya korban, aku pun mengorbankan la duit aku dengan masa aku tengok wayang cerita harry potter. Pada hal cerita ni aku tak pernah layan pun dari awal lagi. Ni lah pengorbanan yang tak guna aku. Yang ni korang jangan ikut. Tapi cerita harry potter semalam boleh tahan gak walaupun aku blu-blur jek dengan jalan cerita dia. Untuk pemahaman yang lebih pasal cerita tu, aku asyik tanya membe sebelah aku jek. Faham la jugak. Tak la sia-sia pengorbanan masa dengan duit aku.

Balik dari wayang, tetiba cik koko mesej aku. Dia kata parent dia datang bungkuskan aku nasi himpit dengan rendang. Gembiranya aku dapat jugak aku merasa rendang dengan nasi himpit ala-ala mak aku punya. Tak lama lagi kira mak jugak la kan..hehe

Time malam plak aku mengorbankan tenaga aku pergi beraya rumah member aku dekat sini. Baru la feel raya sakan. Begitulah kisah raya korban aku. Takde apa pun yang best. Hari ni da kena masuk office plak. Lagi la bapak bosan. Sekian.



p/s: Salam Aidil Adha buat semua pembaca blog hilmiee.blogspot.com. Terima kasih di atas sokongan anda.

Nov 16, 2010

Kualiti bola sepak Malaysia

Semalam baru berakhir perlawanan antara Malaysia menentang Iran untuk sukan asia. Malaysia kalah 3-1 beb dengan Iran. 1 mata tu pun dapat penalti.

Semalam time nak tamat game, sempat plak pengulas dekat tv 1 tu sound, 'pemain-pemain Malaysia boleh kemas barang-barang untuk menyambut Raja Haji di Malaysia'. Aku ingat kalau pemain-pemain Malaysia dengar conform menanah telinga. Mendalam maksud kata-kata tu.

Tapi memang patut pun kena  kutuk. Berlatih bukan main dekat luar negara. Hantar sana sini untuk lawan dengan negara lain. Last-last habuk pun takdak. Aku rasa kalau kita dah betul terer, berlatih dalam negara pun dah cukup. Tengok macam negara-negara dekat Afrika, walaupun miskin siap boleh masuk piala dunia lagi.

Bagi aku dari duit tu digunakan untuk melatih budak-budak harimau muda dekat luar negara, lebih baik duit tu guna untuk naik taraf kemnudahan bola sepak dekat Malaysia ni. Orang lain pun boleh dapat manfaat dengan menyewa kemudahan yang dinaik taraf tadi.

Tapi aku tengok takde la tak bagus sangat budak-budak harimau muda ni main. Cuma aku rasa semangat dengan stamina dorang jek yang kurang. Kalau aku jadi jurulatih senang jek nak buat. Setiap hari training kena lari selama 2 jam dulu. Larian tak boleh terlalu perlahan macam pergi jogging dengan awek dekat taman. Rehat setengah jam, pastu semua kena berenang sampai tengah hari. petang pukul 2 start training bola. Kira ikut office hour la. Kalau siapa yang tak larat,  buang terus. Ramai jek yang nak main bola dalam Malaysia ni.

Kalau nak kuatkan semangat plak, setiap bulan buat perkhemahan. Pastu buat macam tentera punya training. Nak lagi style buat malam burung hantu. Lepas jek balik kem aku ingat setakat lawan dengan orang-orang afrika celah gigi jek, mana taknya, semangat masing-masing dah kuat, tengok hantu pun tak takut, ni kan pulak lawan orang afrika yang gedang besar. Silap-silap hari bulan boleh juara dunia Malaysia.

Mungkin kalau ada pemain Malaysia baca entri aku ni, mesti dorang cakap 'ko cakap senang la, cuba ko main'. Masalah bukan aku taknak main, tapi tak diberi peluang. Sepatutnya dorang kena tahu yang dorang ni bawa nama negara. Korang dah terpilih untuk mewakili rakyat Malaysia yang lain. Cuba la main sampai ke titisan peluh yang terakhir. Kalau lawan tu kalah menang memang adat permainan. Tapi jangan mengaku kalah sebelum lawan.



p/s: apa-apa pun tahniah kepada skuad harimau muda yang dah berusaha keras LAST MINUTE semalam untuk mencari jaringan gol..

Nov 14, 2010

Khas untuk penulis blog

Hari ni aku nak tulis entri kat blog aku, pikir punya pikir idea tak muncul-muncul. Aku pun merajinkan lah diri cari sumber dengan baca blog orang lain. Banyak gak blog aku baca. Dari blog personal life, kepada blog lawak, turun plak kepada blog isu-isu semasa dan pergi plak ker blog-blog bisnes. Sempat gak aku baca komen yang di post dalam setiap entri.

Dalam aku baca komen-komen yang ditinggalkan, ada gak yang aku baca komen orang kutuk-kutuk penulisan penulis blog tu. Yang aku naik hairan, kalau korang dah tak suka entri yang penulis blog tu, tak payahlah nak kondem orang tu abis-abisan. Nak lagi senang tak payah nak gatai-gatai nak baca penulisan dalam blog tu kalau tak suka.

Orang jenis ni memamg orang yang suka dengki dengan hidup orang lain. Agaknya dia tak mampu nak tulis or buat blog kot. Tu yang duk canang kutuk kaw-kaw blog orang tu.

Macam blog aku setakat ni takde kot orang komen-komen yang negatif. Tak tahu la kalau dari belakang sebab aku rasa lepas aku tulis blog ni aku asyik tersedak jek. Orang tua kata kalau kita tersedak mean ada orang sebut nama kita.

Tapi pada aku, aku ada tangan, aku ada idea, aku ada komputer, aku ada internet, suka hati jari aku la nak taip apa pun yang aku suka. Aku just nak share benda-benda yang aku rasa aku nak share.

Kepada penulis-penulis blog yang diluar sana, keep it up your work, jangan hiraukan langau-langau yang selalu member negatif feedback pada usaha kita. Marilah sama-sama kita memfofularkan penulisan blog masing-masing. Haa..da macam ahli politik bila aku dah berkata semangat.

Kalau korang terima negatif-negatif feedback dari pembaca, korang tanya balik dorang tu ada tulis blog ker. Nak bagi dia panas hati lagi, korang tahu ker macam mana nak tulis blog. Asal jangan perang saudara dalam blog sudeee..





p/s: pergi ke kedai beli cool blog, selamat berblog..

Nov 13, 2010

Koleksi teka-teki (part 3)

Tetiba terasa nak bagi teka-teki lagi. Teka-teki kali ni banyak disumbangkan oleh cik koko. Ada gak soalan-soalan yang dia soal aku tak dapat jawab. Kalau korang rasa korang power dari aku, try korang jawab dulu pastu baru tengok jawapan.

Soalan1: Ada dua ekor ikan dalam akuarium. Kenapa air dalam akuarium tu makin bertambah bila seekor ikan tu mati?

Soalan2: Kenapa dinosaur tak lagi wujud zaman sekarang?

Soalan3: Banyak-banyak negara, negara apa yang tergantung?

Soalan4: Banyak-banyak binatang, binatang apa yang terer taekwando?

Soalan5: Benda apa yang jauh dimata, tapi dekat di hati?

Soalan6: Banyak-banyak pintu, pintu apa yang tak boleh tolak?

Soalan7: Gajah lalu satu jambatan, jambatan tu patah. Kambing lalu patah apa?

Soalan8: Nak cari sikit pun bukan main susah, kalau dah dapat dibuang plak, benda apakah itu?

Soalan9: Banyak-banyak binatang, binatang apa yang takde kepala?

Soalan10: Kuih apa yang isi dekat luar, bungkusnya dekat dalam?



***********

Jawapan1: Ikan yang hidup tu menangis atas pemergian ikan yang lagi seekor.
Jawapan2: Zaman sekarang dah banyak sangat superhero, yang terbaru ni cicakman...
Jawapan3: Negara Thailand sebab dia pakai tie..
Jawapan4: Zebra ler..korang tengok berapa banyak black belt zebra ada..
Jawapan5: Usus..
Jawapan6: Pintu yang ada tulis 'TARIK'..
Jawapan7: Patah balik la der..
Jawapan8: Tahi hidung korang..
Jawapan9: Ketam.
Jawapan10: Kuih salah bikin..

p/s: tahniah jika anda berjaya menjawab..

Nov 11, 2010

Buku diari aku

Bila sebut jek buku diari, semua orang mesti pikir buku catatan pasal benda yang berlaku dalam kehidupan seharian. Diari ni boleh di adaptasi dengan pelbagai benda. Bergantung pada tuan punya buku diari untuk mencorakkan buku diari dorang.

Biasanya buku diari yang dimiliki perempuan pasti ada bermacam-macam kaler, bermacam jenis tulisan, bermacam jenis gambar. Kalau buku lelaki ni lain sikit, sebab lelaki ni suka benda-benda simple jek.

Cerita pasal diari, dah 2 hari buku diari aku hilang. Duduk mencari-cari rupanya tertimbus bawah kertas-kertas yang bersepah ibarat rumah tikus. Buku diari aku ni bukan la ada benda-benda yang privacy sampai aku nak pikir buku aku tu kena curi orang. 

Kalau korang tengok buku aku pun aku rasa korang takde selera nak amik. Bukan setakat takde selera, aku rasa kalau korang tengok mesti korang tak sangka yang tu adalah diari. Korang dapat bayangkan betapa buruk buku diari aku. 



Haa..ni gambar kulit depan buku diari aku. Ni baru kulit, belum tengok isi dalam lagi. Memang bercelaru habis. Orang kata diari yang ditulis biar kita seorang jek yang tahu da kira cukup la. Kira aku pegang pada prinsip penulis-penulis diari dimana buku diari ni aku seorang jek yang faham.

Sebenarnya bukan ada rahsia besar pun dalam buku diari aku. Tapi agak penting untuk kehidupan hari-hari aku sebab dalam tu la aku tulis belanjawan aku untuk setiap bulan, dalam tu jugak la aku tulis appoinment atau benda-benda penting yang aku nak kena buat. So, kalau hilang agak menggelupur gak aku nak perah otak nak ingat apa yang aku tulis dalam buku ni.

Bukan nye aku buta teknologi, aku tak minat nak guna gadget-gadget dalam tulis benda-benda penting. Kalau guna teknologi nak buat note ni ada 2 posibility note kita boleh hilang. First, gadget ni bukan tahan lasak. Second gadget ni ramai sangat orang minat, so posibility nak kena curi tinggi. 

Sebab tu la aku guna buku jek, nampak buruk jek, orang nak curi pun pikir 1000 kali. Risiko nye pun kalau hilang sebab tak jaga dengan betul.

p/s: hargai benda yang anda miliki walaupun buruk mana ia sekali pun!!

Nov 9, 2010

Pesanan cikgu agama

Subjek pendidikan islam ni kira subjek feberet aku time sekolah dulu. Walau nakal mana kita ni, agama tetap kita kena ambil tahu. Dah tahu kena amalkan, baru la melekat dan tersemat dalam sanubari. 

Kalau tetiba orang bukan islam tanya korang 'kenapa orang islam sembah kaabah?' huh..apa yang korang nak jawab. Benda ni nampak simple, tapi kalau korang tak tahu silap-silap korang boleh terpesong.



Aku bukan lah nak story bab agama dalam-dalam dekat entri aku kali ni, aku pun bukan terer sangat, tapi kalau perkara-perkara asas tu boleh la aku ajar. Kalau dah masuk bab yang mendalam korang kena la tanya orang atau ustaz yang arif bab-bab agama ni. Tak lah korang terbabas dari landasan yang sebenarnya.

Tadi time aku tengah layan buletin utama TV3, tetiba satu berita menyebabkan aku beristighfar panjang. "Seorang anak membunuh emak sendiri kerana menyangka emaknya adalah saka" nak dipendekkan cerita mamat ni taksub belajar agama sehingga dia hilang kewarasan akal.

Aku teringat ada kes sebelum ni yang anak bunuh bapa dia, pastu penggal kepala bapa dia dan bawa naik motor untuk tanam kepala bapa dia. Menurut sumber dia membunuh bapa dia sebab dia terdengar suara menyuruh dia membunuh bapa dia.

Berdasarkan dua kes ni, aku rasa dorang ni menkaji ilmu agama tanpa merujuk kepada pakar-pakar agama. Aku tetiba teringat dulu ustazah aku pernah pesan, dia kata kalau nak belajar agama kena berguru dengan orang yang betul-betul mahir. Kalau guru tak mahir nanti ke laut plak korang. Kalau kita belajar agama sendirian, pasti ada benda lain yang membisik kepada kita. Ni maksudnya setan akan kacau kita.

Benda-benda macam ni la yang bahaya dan boleh menyebabkan kita hilang kewarasan akal sehingga boleh membunuh ahli keluarga sendiri.

So, kalau korang dah terer bab agama sekali pun, jangan la berlagak sombong tanpa bertanya kepada orang lain benda-benda yang korang tak faham tentang agama. Silap-silap hari bulan tanjung rambutan tempat korang menginap nanti.

p/s: jangan biarkan hidup anda di selubungi pertanyaan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...