Nov 4, 2010

Bila aku bersidang

Sushhh..sushhh..sushhh..dah bersemut aku punya blog ni. Lama tak update sebab sibuk dengan conference dekat KL. Ikut hati malas nak pergi, tapi apa kan daya demi menggapai satu step skrol akademik lagi. Hari ini aku nak story pasal conference yang aku pergi.



Pergi conference ni ada yang part seronok dan ada gak part yang tak seronok nya. Yang seronoknya sebab dapat duduk dekat resort cyberview yang memang terbaik dari ladang. Tempat ni memang terbaik sebab korang boleh mandi kolam, boleh pergi spa dengan tak payah bayar apa-apa. Siap ada sauna dengan jakuzi lagi. First time aku masuk spa, memang aku jadi suku kaum jakun jugak bila aku masuk dalam spa tu. Dalam jakuzi orang biasa duduk diam-diam, aku siap boleh berenang dalam tu..hahaha. Bilik memang terbaik siap ada mini bar lagi. Aku rasa sesape yang nak honeymoon dekat sini pun memang syok, klik sini.



Makanan dia pun terbaik gak, makan style buffet memang suka hati korang la nak melantak banyak mana pun. Setiap kali time makan, aku mesti susun strategi dulu makanan apa yang nak telan dulu. Untuk merasai semua makanan yang ada dekat situ, aku kena susun makanan secara adilnya dalam pinggan yang aku nak guna. Aku rasa setiap kali makan dua tiga pinggan gak aku guna. Al-maklumla bukan senang nak dapat makan macam ni. 



Time makan plak semua orang dekat sini ikut protokol. Makan pakai napkin la, makan nasi pun pakai garfu la. Oleh sebab aku ni fail sikit bab-bab protokol ni, so aku terpaksa la tibai jek makan macam mana pun. Yang penting aku kenyang dan yang penting aku potong daging takde terbang sampai masuk pinggan orang lain.

Part yang tak seronoknya pergi conference ni time bila korang nak kena naik pentas pastu nak kena bentang paper yang korang buat. Kalau bentang dekat semua orang Malaysia takpe gak. Aku ni da la bab speaking london ni memang slow sikit, bila time part Q&A tu yang aku lemah tu. Kena plak orang dari bangladesh atau jepun yang bagi soalan, mahu terdiam aku. Bukan terdiam sebab tak tahu jawapan, ni diam sebab aku sendiri tak faham apa yang dorang tanya sebenarnya. Dengan keadaan parkinson atas pentas tu, nasib baik aku tak jawab dekat dorang 'what the hell are you talking about'. Mahu kena baling kasut aku kalau jawab macam tu. 

p/s: thanx kepada cik koko yang selalu memberi semangat..:D

6 comments:

  1. mie kau jwb mcm ni pardon sir can you repeat what are sayyin your english is very terrible I cannot understand what are you sayyin hahaha

    ReplyDelete
  2. kalo aku jawab mcm tu mau kena baling kasut gak..

    ReplyDelete
  3. baling kasut kau amik kasut tu biar balik sbelah kasut j

    ReplyDelete
  4. silap2 boleh masuk paper beb..hehe, ko hupdate blom?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...