Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Dec 2, 2010

Bulan disember tiba lagi

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 12. Tak lama lagi dah nak masuk awal muharam pastu new year. Umor pun makin lama makin tua. Bulu pun dah penuh tak hingat. Kawin pun tak lagi ni..tettt...

Ok, kalau zaman sekolah dulu, bulan 12 ni kira heaven la. Bulan ni la otak kosong gile sebab tak payah nak pikir kerja-kerja sekolah yang nak buat. Bontot pun mula rasa lega sebab takde rotan nak hinggap time ni. Bulan 12 ni kira bulan tutup buku. Buku segala jadah campak tepi dulu. Enjoy sampai lebam. 

Bebudak kaki belajar ni lain sikit. Bulan 12 ni kira bulan untuk study buat persediaan tahun depan. Ni kira group-group pakai spec besar, rambut sikat tepi baik punya, baju tight in atas pusat pastu butang baju penuh ke atas. Aku kategori budak bersongkok dulu. Konon-konon alim la. Cettt..dulu pakai songkok sebab malas nak sikat rambut. Nak beli minyak rambut tu dah satu hal. Lepas buka helmet nak kena pergi toilet plak setting rambut. Oleh sebab aku ni hamba masa, so pakai songkok jek la senang. 

Bagi bebudak yang minat motor, time ni la nak cari duit poket lebih sikit. Setting motor baik-baik, pergi berembat, dapat duit bawa pompuan keluar jenjalan. Kalau duduk kampung lain sikit. Time cuti ni la nak terjun sungai. Buat rakit, pastu main time hujan tengah lebat. Pastu kena hambat dengan mak bapak. Syok ohh..Sekarang nak mandi sungai pun dah tak selera. Susah nak cari sungai bersih sekarang ni. Tu yang budak sekarang kalau cuti pergi mandi dekat sunway lagoon la, water world la. Rugi la korang tak rasa nikmat mandi sungai.

Kalau time sekolah rendah, cuti sekolah balik kampung. Kalau dulu hari raya dengan puasa jatuh bulan 12. Time puasa kita orang la setan. Setan kan kena tambat. Orang pergi terawih, aku pergi usha selipar lawa-lawa yang boleh angkut bawa balik. Time orang balik terawih, pakai topeng hantu siap-siap, pastu sembunyi atas pokok. Bila ada kakak-kakak kolej lalu kita orang buat la suprise. Wakakakaka..jahilnya aku time kecik-kecik dulu. Dah puas kaco orang pergi plak main meriam. Siap boleh lawan lagi meriam sape yang lagi kuat. Memang tak senang duduk la orang kampung.

Sekarang ni, bila dah abis zaman sekolah, rasa macam tak best plak. Mana ada cuti lama-lama lagi macam dulu. Sekarang ni cuti-cuti Malaysia jek. Rindu jugak zaman sekolah dulu.

Bila umor dah meningkat lanjut ni, bulan 12 ni kira bulan makan free. Al-maklum la time ni kan musim kahwin pada sape-sape yang seangkatan atau sekutu dengan umor aku. Terasa macam dah tua. Orang kata, muka biar tua, jiwa kena muda. Apa-apa pun selamat pengantin baru pada sape yang nak kahwin bulan ni.

Kepada yang plan nak pergi bercuti tu, pandulah dengan berhemat. Balik bawa la buah tangan untuk aku. Kalau tak kenal pos jek dekat aku. Huahuahua...



p/s: Jangan terlalu suka, takut nanti di timpa duka. Selamat bercuti kepada pelajar sekolah. Kepada mereka yang nak mendirikan rumahtangga, selamat mendirikan. Jangan patah di tengah jalan sudah..

Nov 11, 2010

Buku diari aku

Bila sebut jek buku diari, semua orang mesti pikir buku catatan pasal benda yang berlaku dalam kehidupan seharian. Diari ni boleh di adaptasi dengan pelbagai benda. Bergantung pada tuan punya buku diari untuk mencorakkan buku diari dorang.

Biasanya buku diari yang dimiliki perempuan pasti ada bermacam-macam kaler, bermacam jenis tulisan, bermacam jenis gambar. Kalau buku lelaki ni lain sikit, sebab lelaki ni suka benda-benda simple jek.

Cerita pasal diari, dah 2 hari buku diari aku hilang. Duduk mencari-cari rupanya tertimbus bawah kertas-kertas yang bersepah ibarat rumah tikus. Buku diari aku ni bukan la ada benda-benda yang privacy sampai aku nak pikir buku aku tu kena curi orang. 

Kalau korang tengok buku aku pun aku rasa korang takde selera nak amik. Bukan setakat takde selera, aku rasa kalau korang tengok mesti korang tak sangka yang tu adalah diari. Korang dapat bayangkan betapa buruk buku diari aku. 



Haa..ni gambar kulit depan buku diari aku. Ni baru kulit, belum tengok isi dalam lagi. Memang bercelaru habis. Orang kata diari yang ditulis biar kita seorang jek yang tahu da kira cukup la. Kira aku pegang pada prinsip penulis-penulis diari dimana buku diari ni aku seorang jek yang faham.

Sebenarnya bukan ada rahsia besar pun dalam buku diari aku. Tapi agak penting untuk kehidupan hari-hari aku sebab dalam tu la aku tulis belanjawan aku untuk setiap bulan, dalam tu jugak la aku tulis appoinment atau benda-benda penting yang aku nak kena buat. So, kalau hilang agak menggelupur gak aku nak perah otak nak ingat apa yang aku tulis dalam buku ni.

Bukan nye aku buta teknologi, aku tak minat nak guna gadget-gadget dalam tulis benda-benda penting. Kalau guna teknologi nak buat note ni ada 2 posibility note kita boleh hilang. First, gadget ni bukan tahan lasak. Second gadget ni ramai sangat orang minat, so posibility nak kena curi tinggi. 

Sebab tu la aku guna buku jek, nampak buruk jek, orang nak curi pun pikir 1000 kali. Risiko nye pun kalau hilang sebab tak jaga dengan betul.

p/s: hargai benda yang anda miliki walaupun buruk mana ia sekali pun!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...