Jan 18, 2011

Petua tengok cerita seram

Ni nak habaq mai sikit ni. Semalam ak p la tengok cerita khurafat kat wayang. Ramai sgt orang kata best. Cerita dia boleh tahan la terkejut2 jugak. Kalo dah tengok ramai2 dalam wayang tu, ada la kepala setan yang duk gelak2 time orang lain tengah seram. Bukan gelak pasai apa, gelak sebab dorang pun boleh terkejut. Macam pak aji jugak.

Cerita dia banyak sangat part suspen. Sound effect blh tahan mengejutkan orang la. Aku ni sebenarnya kurang sikit nak tengok cerita2 horror ni. Bukan pasai apa, takut nanti terkejut pastu melatah plak. Kalo melatah benda baik takpe gak. Ni melatah benda2 yang tetttt. Tu ok lg, kalo terkejut sampai terkentut..pergh..tau2 bau jek nanti naik. Memang cilaka!

Untuk mengelakkan daripada perkara2 tadi berlaku, ni ak nak story sikit style nak tengok cerita2 horror ni. Petua ni sesuai utk lelaki la. Kalo korang tutup mata ker, jerit2 ker, tak macho la der. Kalo korang tutup mata pun sia2 la korang tak faham jalan cerita nanti. 

So, kalo time part2 seram tu korang focus tengok dekat skrin pastu korang julingkan mata. Bila dah julingkan mata tak la korang terkejut sebab korang nampak double jek gambar dekat skrin tu. Time hantu tu dah keluar korang tengok la muka hantu. Takde la seram sangat. Pastu korang boleh la gelakkan brader2 yg terkejut sebelah korang tadi. Kalo korang duduk sebelah awek nampak la korang macho ckit. Dalam hati awek tu mesti ckp 'abg ni macho gile, tak takut lansung'. Cettt..dorang tak tau dalam hati korang ada taman sebenarnya.

Tapi bila korang dah keluar wayang tu nanti akan rasa pening sikit. Korang hempuk sikit kpala nak bagi mata korang kembali macam asal. Kalo terus kekal juling jangan salahkan aku. Aku tak nak tanggung!



p/s: Jangan tiru aksi ni di wayang!

6 comments:

  1. emy, gemuk ah gambarmu~ hohohoho

    ReplyDelete
  2. x thrill langsung lah nk julingkan mata...

    ReplyDelete
  3. org kata cerita2 horror ni blh lemahkan smngat, tu yg terpaksa mnjulingkan mata..hehe

    ReplyDelete
  4. ye ke? biase jek.. huhu~ tu sbb taksub sgt tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...