Dec 20, 2010

Kemana budak itam menghilang?

Lama gak aku tak update entri blog aku. Busy untuk mencapai azam yang aku tanam time maal hijrah ker? Ok..secara tegasnya bukan. Sibuk sikit sebab aku ada conference minggu lepas. Abis jek conference balik johor. Kalau dah dekat rumah memang malas la aku nak hupdate blognye. Ok..entri kali ni aku nak cerita apa yang aku busy sangat sampai tak cukup tangan nak update blog sendiri.



*****
Babak 1- Perjalanan pergi ke conference

Conference aku isnin dan selasa minggu lepas. Sebelum pergi conference mesti busy ckit nak prepare. Perjalanan naik bas ke shah alam memang buat aku panas. Ok..ceritanya bermula macam ni.

Aku naik bas berhenti kat shah alam sebab nak pinjam kete abang aku untuk pergi conference tu dekat putrajaya. Bukan apa, lepas conference aku nak cabut balik johor trus.

Aku bajet bas tu sampai shah alam 4 jam jek. Sekali drebar bas tu boleh plak gatal-gatal kaki tekan pedal minyak pergi masuk KL dulu, pastu pergi Klang pastu baru gerak shah alam. Dah la abang aku masuk keje pukul  4 petang time tu. Nasib baik kawan abang aku ada amik aku kat bus stand.

Rupenya aku tanya orang memang perjalanan 6 jam sebenarnya. Cet..drebar tu sepatutnya kena bgtau estimate time sampai shah alam. Macam pilot selalu announce sebelum berlepas. Tak pasal2 orang macam aku ni teraniaya.

Sampai dah dekat pukul 5 ptg lebih gak. Sampai jek kawan abg aku, aku trus ajak pergi makan. Memang kebuloq abis. Aku target sekejap jek dah sampai shah alam. Tu yang malas nak makan sebelum naik bus.

Dengan berbekalkan GPS murah yang aku beli (nak menunjuk aku ada GPS..wakakaka), aku pun gerak la cari hotel yang aku nak stay tu. Nasib baik la tak sesat. Dah la aku sorang2.

*****
Babak 2- Time kat hotel

Ok..babak ni aku nak kena bahasakan diri 'wa' nak bagi feel kat korang bila baca. Sampai jek hotel hari dah gelap gak. Wa pun pergi la reception counter nak check in hotel. Wa punya panas time nak check in tu, punya la lembab receptionist tu buat keje. Wa dah la penat naik bas yang takde estimate time tadi. Nasib baik aku ni sorang yang penyabar..ceh..


Lepas jek check in, wa naik la bilik. Boleh plak dia bagi wa tingkat 6. Nasib baik la ada lif. Sampai jek depan bilik, wa dah pikir tak sabar nak melompat-lompat atas katil. Bila wa swap jek key card bilik wa tetiba tak boleh guna. Pergh..lagi meggelegak hati wa. Kena call receptionist adjust kunci bilik aku plak.

Wa malas nak bising trus masuk bilik lepas orang tu buka kan pintu. Lepas wa dah mandi semua, wa layan astro, tetiba wa teringat nak tengok schedule conference tu dekat website. Wa search2 takde wireless connection detect. Aik..hotel punya mahal wireless pun takde. Wa dengan macho tepon la receptionist tanya dia apsal wireless tak dapat. Boleh dia cakap wireless memang susah nak detect dalam bilik. Kalau nak online kena turun dekat lobby. Ok..wa sabar lagi, tapi kali ni iman wa dah nipis macam kulit bawang. Sebelum ni macam kulit limau lagi.

Wa pun dah malas terus la membuta. Bangun pagi tetiba perut buat hal. Wa masuk toilet baru wa prasan takde paip untuk cuci berak. Wa pun kabut la. Perut dah sakit ni. Cilaka punya hotel, boleh dia bagi wa bilik yang toiletnya pakai tissue paper. Time aku check in dorang ingat aku ni orang Korea ker. Last2 wa tadah air dalam bath tub, pastu wa guna cawan yang biasa hotel sediakan untuk kumor2 mulut. Nasib baik wa boleh pikir dengan kreatif lagi time sakit-sakit perut. Kalau tak memang tissue paper la wa guna.

Ok..dah abis wa 'termenung', time wa nak gosok gigi, wa buka jek air wa tengok air keroh gile. Pergh..hati memang panas gile la. Iman yang setebal kulit bawang tadi mula nak terkoyak dah. Tapi wa sabar lagi.

Lepas wa dah siap2 berdandan, wa turun la untuk register conference tu. After lunch, wa balik la bilik jap. Wa swap jek keycard tu, tak boleh guna lagi. Time ni iman yang tebal kulit bawang tadi memang dah terkoyak rabak. Wa dengan ati panas trus turun dekat reception counter pastu wa baling keycard tadi. "Dah 10 kali saya turun sebab keycard ni (padahal baru 2x)"...wa cakap dengan nada marah gile. Baru dia takut sikit. Cilaka, dia ingat wa menumpang ape duk hotel tu. 

Nasib baik la conference tu ok jek. Bila wa check out dari hotel tu wa rembat dia punya towel dengan sabun2 dia sume. Kononnya tanda balas dendam la..hahaha. Kesimpulannya hotel tu memang cilaka. Kalau korang nak pergi fikir dua 3 kali dulu. Nasib baik la supervisor yang sponsor hotel tu. Kalau wa punya duit dah lama wa mintak balik.

Ok..kesimpulannya jangan duk hotel yang macam rumah tumpangan ni. Cilaka!!!

*****
Babak 3 - Balik johor

Abis jek lunch ari kedua lepas conference, aku cabut trus balik johor. Tak sabar kebeno nak jumpa family tercinta. Time dekat rumah aku keje membuta jek. Tu yang tak cukup tangan nak update blog..wakakaka.

Ok..sebelum balik, aku sempat pergi merisik untuk adik aku. Time merisik boleh ayah aku suruh aku cakap. Nasib baik aku tak berpantun. Kalau tak mahu kuar "KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA MUSAFIR LALU,.......". Tu yang aku cakap direct to the point jek. Jimat masa dan semua orang pun boleh faham.

THE END

*****
p/s: budak itam adalah gelaran yang diberikan cik koko kepada aku. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...