Sep 30, 2010

Kedatangan orang baru

"Khamis, 30hb Sep 2010, jam 7.30 pagi..wekkkk..wekkk..wekkkk..."

Hari ini dengan rasminya aku bergelar pak cik. Mak dan ayah aku pula di umumkan sebagai datuk dan nenek, bukannya datin ekh. Keluarga aku hari ini menyambut kelahiran anak kakak dan abang ipar aku buat pertama kali. Kalau orang utara panggil anak manakan aku yang first la ni.

Alhamdulilah semuanya dah selamat walaupun baby ni terpaksa dikeluarkan awal 2 minggu dari tarikh yang dikehendaki. Harap-harap dia suka aku bila aku balik rumah nanti.

Background baby:



Nama: Alisya Qistina
Berat : 2.4kg
Hobi  : Sedang mencari
Umur : Lagi berapa jam cukup 1 hari
Tinggi : Daripada jari sampai siku aku (ukuran standard baby)
Jantina : Perempuan
Tarikh lahir : Hari ni
Tempat lahir : Hospital
Pendidikan awal : Sejak dari dalam perut lagi
Warna kegemaran : Biru (based pada pakaian yang dipakai dalam gambar ini)
Makanan kegemaran : Susu


p/s: tahniah kepada kakak dan abang ipar aku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...