Jan 31, 2011

Kepala masuk air

Rajin kebenao aku nak hupdate blog arini. Angin takda, idea takda, tau2 hupdate. Kepala sudah pening mengadap projek, nak buka u-tube tak tau nak tgk ape, buka fb xde benda nak di layan, nak buka lmn web sensord dah sah2 kena block. Last choice hupdate blog la gamaknya. Nk tdo mau satu lab xleh buat keje hasil dari dengkuran ak.

Org kata sbnrnya manusia ni hanya gunakan sikit jek minda utk berpikir. Sdgkan Einstein pn org kata cuma gunakan 5% pemikiran dia. Arini aku pikir sampai rasa nak termuntah. Ak rasa mahu dah 100% tahap tu. Kalo ak teruskan gak mau xplode kpala. Ok..ni sume alasan utk ak stop buat projek and hupdate blog.

Tapi ape benda yg aku nak hupdatenye, idea pun taraq. Ok2..dia dah mai da..

Tup..tap..tup..tap..abis dah bln satu arini. Esk dah msk bln 2. Bln 1 ni la ari sambtn befday sedunia. Sebabnya? (tiru stail ckp ahli nunjum dlm pak belalang). Bkn jek befday aku bln ni. Bln ni gak tggl kelahiran (bkn tggl tali pusat) ak, cik koko, akak aku, adik aku, sepupu ak, siti (bajet sedara aku), kak pah, kak kiah, abg sood, kak tom..ekh memang ramai la gamaknya. So..ironinya dekat sini bln ni merupakan bln smbtn befday sedunia. 

Nnt blh la propose dekat famili ak setiap ujung bln 1 ari wajib utk cuti. Takde la jadi macam arini pening gamak hendaknya. Tapi cuti utk famili ak jek la. Kalo hntr dekat parlimen conform kena reject. Bkn reject jek, blh kena buang negara gamaknya.

'Bahasa jiwa bangsa'. Tetiba t'igt kata2 hikmah ni. Sebelum lagi jahanam penggunaan bahasa aku, baik aku chow. Kepala sdh masuk air gamaknya. Ironinya dekat sini aku sudah merapu. Sekian.

p/s: tak pasal2 einstein jadi bahan..kehkehkeh

Jan 27, 2011

Petua halau orang time nak tutup kedai

Arini aku nak share petua kepada brader2, pakcik2, makcik2, akak2 yang ade buka kedai makan sampai ke pagi. Aku nak ajar macam mana cara nak halau customer korang balik bila time nak tutup kedai. Benda2 ni biasa tokei kedai makan praktik kan dekat aku time melepak ngan membe2 sampai ke pagi. 

1. Ko suruh pekerja2 ko sapu sampah. Kalau nak lagi berkesan sapu dekat bawah meja yang customer korang duduk. Benda2 macam ni aku dah masak sgt dah.

2. Ok..kalo strategi tadi tak berjaya, korang lipat meja2 yang takde orang duduk. Kalo nak bagi dorang faham lagi time susun kerusi tu sambil maki2.."dorang ni idup merempat  ker?", dah ckp macam ni ko buat2 la tgk kucing yang tgh melintas. Takde la nanti ko kena hempuk ngan kerusi tu blk.

3. Kalo customer tak faham maksud tersirat korang lagi, korang ckp mcm ni plak "abg, bayar dulu boleh x? Tokey nak kira duit untung arini". 

4. Lepas dah settle bayar sume tapi dorang tak gerak2 gak, korang angkut pinggan or gelas yang dorang pakai.

5. Kalo tak menjadi gak, korang p ckp kat dorang yg korang nak ttp kedai. Kalo customer tadi ckp dia taknak gerak "customer ada hak, suka ati wa la nak duk lama lagi kat sini".

6. Ok..kalo teknik tadi tak berjaya gak, korang amik meja yang korang lipat tadi, takyah banyak2, amik 1 jek, pastu pergi kat customer tadi korang hempuk kepala sekor2.

7. Kalo degil gak, tepon balai polis, balai bomba, hospital suruh dorang datang. Cakap ade orang bebal tgh mengamuk. Time polis datang nnt korang tunjuk meja2 yang dah pecah hasil dari hempukan tu kat polis.

8. Kalo tak berjaya gak aku ingat korang dah tak payah buka kedai makan lagi. Baik buka kedai mainan kanak2 ker, baju dalam ker, seluar dalam ker, takla korang sakit jiwa layan kerenah customer macam ni. (Mana ada orang beli baju dalam or seluar dalam pepagi buta!)


p/s: Tokey mapley atau kedai makan yang buka 24 jam tak yah nak gatai2 amalkan petua ni!

Jan 18, 2011

Petua tengok cerita seram

Ni nak habaq mai sikit ni. Semalam ak p la tengok cerita khurafat kat wayang. Ramai sgt orang kata best. Cerita dia boleh tahan la terkejut2 jugak. Kalo dah tengok ramai2 dalam wayang tu, ada la kepala setan yang duk gelak2 time orang lain tengah seram. Bukan gelak pasai apa, gelak sebab dorang pun boleh terkejut. Macam pak aji jugak.

Cerita dia banyak sangat part suspen. Sound effect blh tahan mengejutkan orang la. Aku ni sebenarnya kurang sikit nak tengok cerita2 horror ni. Bukan pasai apa, takut nanti terkejut pastu melatah plak. Kalo melatah benda baik takpe gak. Ni melatah benda2 yang tetttt. Tu ok lg, kalo terkejut sampai terkentut..pergh..tau2 bau jek nanti naik. Memang cilaka!

Untuk mengelakkan daripada perkara2 tadi berlaku, ni ak nak story sikit style nak tengok cerita2 horror ni. Petua ni sesuai utk lelaki la. Kalo korang tutup mata ker, jerit2 ker, tak macho la der. Kalo korang tutup mata pun sia2 la korang tak faham jalan cerita nanti. 

So, kalo time part2 seram tu korang focus tengok dekat skrin pastu korang julingkan mata. Bila dah julingkan mata tak la korang terkejut sebab korang nampak double jek gambar dekat skrin tu. Time hantu tu dah keluar korang tengok la muka hantu. Takde la seram sangat. Pastu korang boleh la gelakkan brader2 yg terkejut sebelah korang tadi. Kalo korang duduk sebelah awek nampak la korang macho ckit. Dalam hati awek tu mesti ckp 'abg ni macho gile, tak takut lansung'. Cettt..dorang tak tau dalam hati korang ada taman sebenarnya.

Tapi bila korang dah keluar wayang tu nanti akan rasa pening sikit. Korang hempuk sikit kpala nak bagi mata korang kembali macam asal. Kalo terus kekal juling jangan salahkan aku. Aku tak nak tanggung!



p/s: Jangan tiru aksi ni di wayang!

Jan 16, 2011

Angka 24

Apa yang ada dengan angka 24? No umah korang? Yg tu secara kebetulan.. No ekor? Tak cukap lagi 2 nombor.. Size seluar korang? Size perempuan aku rasa.. Jumlah bulu ketiak? Semestinya lg banyak.. No plat kete korang? Tak mungkin.. No bertuah korang? Cettt..tu sume syirik..

Abis tu, ape yg mungkin? tettt...tepat sekali..umoq aku ler..mugkin korang berumoq sama dengan aku.. Kalo korang ade RM 24 korang rasa banyak x? Dah tentu la sikit kan. Nak beli sport rim kete pun tak lepas. Ok..kalo macam tu umoq 24 ni tak la banyak sangat. Bermasud aku belum tua lagi. Cuma dah akil baligh jek..kehkehkeh. Sapa kata umoq 24 blum akil baligh, korang cek bulu dia ada brape banyak. Kalo lebih dari 24 mean org tu tipu.

Bila umoq dah meningkat dewasa ni terasa plak nak jadi budak2 mcm dulu kala. Tak yah pikiq masalah bnyk sgt. Tapi tu la lumrah manusia tak pernah bersyukur. Ok..sekian.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada yg terhingga (hehehe)..kpd koko yg sggp abiskan masa menyelebrate befday aku. Toceh2 gak kat korang2 yang sudi wish befday aku dan mendoakan aku. Semoga semua doa yang baik2 tu menjadi kenyataan. Doa yg tak baik arap2 dapat di jauhkan. Amin...



p/s: sesungguhnya umoq aku meningkat tua, jiwa masih muda..hehehe

Jan 12, 2011

Hari ni hari ape?

Cer teka cer teka (ikut style saleh yaakob cakap dalam sinar fm) arini hari ape? Memang la hari ni ari rabu 12hb 01 2011. Tapi cuba korang teka apa yang istimewa dengan hari ni. Tetttt...salah jawapan korang.

Arini merupakan ulang tahun kelahiran cik koko yang ke-23. Nak kenal lebih lanjut cik koko ni korang boleh tengok dekat fb taip jek niwani koko. Dekat bahagian status dia nanti korang nampak 'In Relationship with Hilmi Ee'. Siapakah jejaka kacak yang bernama Hilmi Ee tu? Kalo korang nak tahu cuba korang baca profile blog ni. Haaa...itu lah orang nya. Kacak gak..kehkehkeh (masuk bakul angkat sendiri)!

Aku open entri kali ni nak ucapkan Selamat Hari Lahir ke-23 kepada Cik Koko yang berada di lembaran. Bdk Itam di desa utama sentiasa merindui cik koko..kuikuikui. Semoga dipanjangkan umoq, dimurahkan rezeki, dapat grad dengan result yang cemerlang, dapat kerja yang baik2 dan yang paling penting cepat kahwin dengan Bdk Itam. 



p/s: weekend ni ada party aku anjurkan utk cik koko, dijemput Bdk Itam, Hilmi Ee, Mie, Niwa, Wani, Niwani Koko, Cik Koko untuk jemput hadir ke majlis keraian ni. Bagi sesiapa yang tak tersenarai dalam list ni harap maaf la yek. Bajet xde, tak dapat sponsor..ngeh3..

Jan 10, 2011

Keputusan muktamad

Tahniah kepada pemenang2 AJL ke25. Kalau dengar result AJL semalam memang macam tak puas ati jek aku tengok. Tapi nak buat macam mana, keputusan pengadil kan muktamad. Kalau pergi buat surat dekat mahkamah conform kena reject balik.

So, nak tak nak korang pun kena la terima keputusan semalam. Kalau korang berak keluar taik kuning pun memng tak leh nak ubah keputusan semalam. Pengadil yang di ambil semalam bukan calang2 orang maa..Buang current korang jek dok kutuk2 dalam fb ker, blog ker keputusan yang di buat semalam. 

Apa2 pun tahniah kepada pemenang2 semalam even kalau aku yang jadi pengadil korang mungkin tak leh menang semalam.

Semalam baru balik langkawi sampai2 terus layan AJL. Lepak 3 ari kat langkawi sebab ade khusus. Tempat penginapan aku nak rahsiakan sebab nak memberi kutukan sikit..ngeh3..

Aku p langkawi sebab ikut khusus Malaysia Future Engineer anjuran HEPP USM. Makan tanggung berak cangkung jek pergi sana. Semua benda free. Tapi tempat penginapan memang cheroi (worst) abis. Dah la kolam renang yang ada kat situ pun serupa macam kolam ternak ikan. Nak mandi pun tak selera. Makanan aku masak pun lagi sedap aku rasa. Bilik bolehlah dikatakan selesa. Tapi selesa lagi desa utama. Ok..nak comment lebih2 pun tak boleh. Benda pun free, nanti orang kata aku tak bersyukur plak.

Sekian.

Jan 4, 2011

Kerenah birokrasi

Cuba korang cari kat kamus dewan bahasa dan pustaka. Conform xdaq. Ok..kerenah birokrasi ni kira benda yang simple boleh jadi rumit sebab kerenah2 orang yang kita  nak berurusan.

Aku tulis entri blog kali ni saje nak peringat aku tarikh ni. Cerita nya macam ni, arini aku pergi la jabatan keselamatan nak mintak sticker kete. Dah la nak kena pakai kasut. Memang aku menyampah la. Masuk jek office aku pelik takde orang pun. Aku pun bagi la salam macam masuk umah orang.

Tetiba ada la sorang pakcik ni keluar. "Ye dik, nak ape?"..tanya pakcik tu. Aku pun jawab lah yang aku nak amik sticker kete. Dia pun tanya membe dia lagi sorang, pastu dia cakap kat aku orang yang uruskan sticker kete keluar. Aik..aku pun buat muka pelik. Tengok jam belum pun pukul 12. Pastu pakcik tadi tanpa rasa bersalah suruh aku datang balik pukul 2.  Cilaka!

Aku pun panas la, aku dah stand by grant and insurans kete semua, pastu boleh plak dorang takde. Kalau aku marah nanti cakap aku tak hormat orang tua. Dengan nada bengang aku pun mengeluh kuat2 sambil geleng kepala tengok jam. Lantak p la pakcik tu nak cakap aku takda adab ka. Orang kalo tak respect kita buat apa kita nak respect dorang balik tak kira la tua ker muda.

Aku dah lama dah bengang dengan pak guard kat sini. Sebelum ni dorang tahan aku takde sticker kete. Pastu nak bising2 dekat aku. Sebelum ni aku buat RA kira staff sementara dorang kata takleh amik sticker. Time aku dah daftar master ni aku pun semangat la nak amik sticker kete. Punya la smart aku pakai tadi, siap kasut lg semata2 nak amik sticker tetiba boleh plak orang takde.

Memang aku tak hamikkk la sticker sampai sticker baru keluar nanti. Kalo dorang nak tahan lagi aku nak cakap pada 4hb 01 2011 jam 11.45 pagi, sy dtg nak amik sticker, pastu orang takde. Nasib baik saya tak complaint dekat TNC pakcik2 sume keluar rehat bukan timenye. (Sejauh mana beraninya aku cakap macam ni, kena tggu la bila pak guard tahan aku nanti).

Ni la dikatakan kerenah birokrasi yg sepatutnya boleh dielakkan. Banyak lagi benda lain nak buat dari melayan kerenah2 macam ni. So..baik aku tido..Sekian!



p/s: hormati orang muda sebelum suruh kami hormat orang tua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...